Friday, 22 April 2011
Untuk ubati penyakit RAJUK ,,bagaimana cara-caranya??
Ramai lelaki yang bosan dengan kerenah rajuk-merajuk ni...tapi bila hati dah sayang mereka turutkan jua...mereka cuba memujuk dengan berbagai-bagai cara....bagiku orang yang suka merajuk nie manja orangnya...rajuk bukan satu sikap yang dibuat-buat ataupun mengada-ngada...mereka mungkin mahukan atau perlukan perhatian daripada orang yang mereka sayang.....orang yang suka merajuk juga kadang-kadang mahu menguji tahap sejauh mana pasangannya menyayangi diri mereka...mereka bukan sengaja ingin merajuk atau membuat lelaki bosan dengan mereka..dengan sikap yang dianggap kebudak-budakan dan kurang matang itu...memang lumrah mereka begitu..aku sendiri secara jujurnya mengakui bahawa aku seorang yang kuat merajuk...hanya ibuku saja yang amat memahamiku..yang amat mengerti tentang kerenah rajukku itu..Ibuku tidak pernah jemu memujukku...tapi kadang-kadang aku terfikir juga...kenapa aku mesti merajuk? sampai bila perlu merajuk? tapi rajukku tidaklah selama mana pun..dan ianyajuga tidak juga menyusahkan mereka yang memujukku...terima kasih kepada mereka yang sabar dengan perangai burukku ini...kini aku masih lagi seorang yang perajuk...tapi mungkin tidaklah seteruk sikapku suatu ketika dahulu..yang di awal belasan tahun..kata ibuku...perangai rajukku berpunca dari sikap ibuku sendiri yang ketika itu mengandungkan aku...terbawa-bawa agaknya...bagaimana caranya untuk ubati penyakit rajuk...? apa penawarnya....? apa ubatnya...? adakah ada dijual di farmasi, kedai ubat, klinik, hospital...? Sikap suka merajuk mungkin tidak ada ubatnya namum kita boleh memikirkan inisiatif atau kaedah untuk meminimumkan tahap kerajukan itu...khususnya kepada diriku sendiri...akan ku cuba untuk mengurangkan rajukku itu..demi menjaga hati dan hubungan bersama semua insan yang aku sayang....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



ALHAMDULILLAH. SEMUA MANUSIA BOLEH BERUBAH. INSYAALLAH.....
ReplyDelete