Friday, 22 April 2011
Sebuah Keikhlasan,,pentingkah ia...???
KEIKHLASAN....? Satu perkataan yang sering didengar dan disebut oleh semua manusia...tidak perlulah diterjemahkan lagi apa itu keikhlasan...Semua pasti tahu apa maknanya...semua pasti tahu apa ertinya...semua pasti pernah mendengar tentangnya...cuma kurang memahaminya..apakah keikhlasan itu penting dalam kehidupan kita hari ini..? banyak yang aku perhatikan kini, ramai dermawan, usahawan, segala macam jenis orang yang menderma atau membuat amal kebajikan contohnya memberi dana dan tanah untuk membina masjid, surau, rumah anak-anak yatim, hospital dan sebagainya...tetapi ikhlaskah mereka? relakah mereka? jika mereka dengan rasa ikhlas hati melakukannya... Dengan niat untuk membantu orang fakir, miskin, dan yang susah...yang tidak mampu...mengapa perlu di panggil semua wartawan di dalam mahupun luar kawasan, daerah untuk membuat liputan tentang usaha dan kerja amal yang dilakukannya itu...mengapa perlu digembar-gemburkan di merata tempat...tidakkah itu dianggap seperti hipokrit...? itu bukan ikhlas namanya...mengapa tidak kita pasangkan niat yang utama tujuan kita menderma dan berbuat amal kebajikan di dalam hati dan diri kita bahawa setiap yang kita lakukannya adalah kerana Allah S.W.T semata-mata disamping untuk memperolehi pahala dan keberkatan daripada-NYA...bantulah dengan rasa seikhlas hati..jangan mengharapakan apa-apa balasan daripada orang lain..orang disekeliling kita...jangan mengharapkan penghargaan...jangan mengharapkan pujian...jangan mengharapkan segala budi dan jasa akan dibalas...jangan mengejar glamour semata-mata...lihat saja pada hari ini....jika yang menderma pasti akan dikatakan pemurah...baik hati...prihatin dengan masalah rakyat...semangat 1 MALAYSIA la katakan...jika dilihat di dalam akhbar-akhbar tempatan mereka lah yang berada di halaman utama...mengapa perlu begitu...? pentingkah untuk membuat seperti begitu? ingatlah, jika kita melakukan sesuatu yang tidak ikhlas..hanya untuk mendapat nama dan gelaran semata-mata..kita tidak akan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T... percayailah...Allah tidak akan menerima amalan dan usaha kita jika kita tidak ikhlas dalam melakukannya...semoga "ikhlas" telah sebati di dalam diri kita...Sebelum aku terlupa, keikhlasan bukanlah tertumpu pada derma dan amal kebajikan semata-mata....dalam menjalankan kewajipan harian juga kita perlulah ikhlas...contohnya sebagai seorang isteri dan ibu yang menjalankan tanggungjawab dan kewajipan mereka...berat sebenarnya tugas mereka...menjaga suami, menjaga anak, memasak, membasuh baju, mengemas rumah, mendidik dan sebagainya...mereka perlulah ikhlas dalam melakukannya...ada sesetengah daripada mereka yang merungut, mengungkit, membebel dan mengadu penat...macam-macam lah...sedarlah semua wanita, bahawa itu adalah merupakan satu ibadat dan akan diberikan ganjaran pahala yang berganda-ganda...yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit...yang tidak dapat ditebus dengan harta dunia...banyak perkara yang melibatkan "keikhlasan", namun tidak semua dapat aku huraikan di sini...fikirlah dengan hati yang waras, renunglah dengan minda yang bernas...lakukanlah sesuatu dengan rela... insyaAllah... anda semua akan merasai nikmat "keikhlasan" itu....jangan cari kesilapan orang lain...tapi carilah kesilapan diri sendiri.... ikhlaskah kita selama ini...?? TEPUK DADA TANYALAH IMAN.......sesungguhnya setiap orang khususnya umat Islam yang ikhlas merupakan seorang hamba yang mulia di sisi Allah S.W.T.... MAHA segala MAHA yang juga merupakan PENCIPTA segala makhluk yang bernyawa ataupun tidak yang ada dimuka bumi ini...Wallahualam..sekian lah coretan dariku untuk hari ini...di hari Sabtu yang penuh dengan kesunyian... kesepian...kebosanan...sesungguhnya yang baik itu datang daripada-NYA...dan segala kekurangan dan kelemahan itu adalah datang daripada hamba yang lemah seperti diriku ini...Amin ya rabbal alamin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



insaf aku seketika ketika membaca artikelmu...
ReplyDeletekeep it up...u can do it!!!
ReplyDeletethanks 4 your support friend...
ReplyDeleteTAHNIAH. PANDANGAN ANDA AMAT2 DIPERSETUJUI. KEIKHLASAN AMAT2 PENTING DALAM APA JUA PERKARA YG KITA LAKUKAN. BUKAN SETAKAT KEIKHLASAN MENDERMA, TETAPI KITA PERLU IKHLAS DALAM MASAKAN, KEBERSIHAN, MEMBASUH, PERCAKAPAN DAN SEBAGAINYA. SELALUNYA KAUM2 HAWA SELALU TERLUPA DALAM HAL KEIKHLASAN MASAKAN. FIKIR2KAN DAN RENUNG2KAN. TERIMA KASIH.
ReplyDeleteTerima kasih di atas komen yang diberi... KEIKHLASAN ini merupakan sesuatu aspek yang menyeluruh...namun begitu,saya cuma lebih menitikberatkan pada isu semasa sahaja...saya terima segala pendapat awak.
ReplyDelete