Saturday, 23 April 2011
Aku bersama sebuah IMPIAN....
Aku menulis bukan sekadar suka-suka.. Bukan juga kerana aku dipaksa...Itu adalah hobiku...aku gemar menulis dan amat gemar membaca...Dari kecil itulah kegemaranku...buku koleksi terbaruku yang aku dan ibuku beli kini bertajuk La tahzan (jangan bersedih) dan Andalah Wanita Paling Bahagia.... karya daripada Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni...Minatku terhenti seketika tatkala aku pergi meneruskan pelajaran ke peringkat kolej. Lama sudah aku meninggalkan dunia penulisanku ini...Kini aku telah kembali...Kembali untuk meneruskan impianku walaupun sekadar di dalam blog sahaja....Mungkin hanya aku yang membacanya...tidak ada siapa yang akan menilainya..Aku tetap berasa puas hati dan gembira. Jika aku mempunyai ruang waktu yang lebih, akanku terus menulis dan menulis di dalam blog ini...PUTERI OMZA...Biarpun hasil penulisanku tidaklah sehebat penulis-penulis yang telah tersedia hebat aku tetap mahu menulis dan terus menulis...Bukan demi orang lain... Tapi kerana diriku sendiri....kerana inilah kemahuan dan keinginanku...inilah harapanku...inilah impianku...aku akan terus bersama dengan impianku ini...bersama dengan harapanku ini...Untuk menjadikan ianya nyata aku sendiri tidak pasti bila masanya.....namun aku amat mengharapkannya...InsyaAllah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



INSYAALLAH. DI MANA ADA KEMAHUAN. KITA AKAN BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT. USAHA AMAT PENTING JIKA KITA INGIN MENCAPAI SESUATU KEJAYAAN. TAHNIAH SAYA UCAPKAN.
ReplyDeleteSemoga saya BOLEH berada di puncak kejayaan seperti orang lain yang telah berjaya dengan sokongan orang tersayang..Amin..terima kasih
ReplyDelete