Wednesday, 6 April 2011
KERANAMU BONDA
Terima kasih wahai bonda
Kerana titik permulaan hidup kami bermula darimu bonda
Kerana bonda telah melahirkan kami
Kerana bonda telah membesarkan kami
Kerana bonda telah mendidik kami
Bonda yang mencorak kehidupan kami ketika kami masih kecil dan tidak mengerti apa-apa
Bonda jua yang membentuk masa depan kami
Sehingga kami berjaya berdiri megah di puncak kejayaan pada hari ini
Tanpa bonda siapalah kami
Tanpa bonda tidak mungkin kami seperti apa yang kami miliki kini
Tanpa bonda musnahlah segala harapan dan impian kami
Bonda adalah segalanya pada kami
Bonda sentiasa mendoakan kami dari dulu sehingga kini
Malah untuk selama-lamanya
Segala pengorbanan dan jasamu tidak akan terbalas dengan harta dan wang ringgit kami
Bonda…
Terima kasih di atas segalanya
Segala pengorbanan dan penat lelah yang telah bonda curahkan pada kami
Masa dan perhatian yang bonda berikan kepada kami
Bonda korbankan segala-galanya demi kami
Hanya Allah S.W.T yang mengerti betapa mulianya hatimu bonda
Betapa suci dan murninya hatimu bondaku
Betapa ikhlasnya engkau menjaga kami dari kecil sehingga kami besar
Daripada kami tidak mengenal abjad sehingga kami berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat tertingi
Tanpa mengungkit apa lagi untuk membangkit segala apa yang telah bonda curahkan
Setiap detik dan saat..hari berganti hari…bulan berganti bulan..tahun berganti tahun…
Tidak pernah terlupa olehmu wahai bonda
Untuk mendoakan kesejahteraan hidup kami
Kami bersyukur kepada Illahi kerana memberi kami bonda sepertimu
Kerana melahirkan kami daripada perutmu bonda
Cukuplah segala penderitaan, kesakitan, kepedihan yang telah bonda alami sebelum ini
Cukuplah segala rintangan, halangan dan dugaan yang telah bonda harungi
Kini kami sebagai anak-anakmu ingin membalas segala jasamu, pengorbananmu
Menjaga dan melindungi bonda kami
Memenuhi segala impian dan kehendakmu
Kami ingin menunaikan tanggungjawab kami kini sebagai anak-anakmu
Untuk selama-lamanya jika diizinkan Allah S.W.T
Semoga kami mampu membahagiakanmu wahai bonda
Terima kasih wahai bonda
Bonda adalah sinar yang memberi kan kami cahaya untuk meneruskan perjalanan hidup ini
Bonda jua sebagai satu inspirasi yang tiada tandingannya..
Kami bersyukur padamu YA ALLAH…
Kerana memliki bonda sepertinya..
Wahai bondaku PUAN ZALIHA BT MD YUSOFF…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment