Wednesday, 6 April 2011
AKU KINI TANPA BERSAMAMU AYAH
Assalammualaikum..pembuka bicara…salam sejahtera mukadimah cerita..aku panjatkan setinggi kesyukuran padamu YA ALLAH…segala doa dan harapanku hanya padamu wahai Penciptaku..kerana sentiasa melindungi hari-hari perjalananku bersama insan-insan yang aku sayangi khususnya ibuku…...abangku…..adikku.......tunangku....…kakak iparku…....sanak saudaraku…....sahabatku….....jiran tetanggaku….masyarakat disekelilingku.…Dan semua yang aku kenali……Aku bersyukur pada-MU kerana masih lagi memberi peluang kepadaku untuk hidup di muka bumi-MU yang Maha indah lagi bermakna ini…Ya Allah..sesungguhnya, di saat ini...hati aku teramat merindui AYAHANDAKU…ALLAHYARHAM OMAR BIN JAAFAR…aku teramat merindui kasih sayang darinya…aku rindu kasih seorang AYAH…Semoga ENGKAU mengampuni segala dosa kecil dan dosa-dosa besarnya…KAU jauhkanlah dia dari segala azab seksaan api neraka yang maha azab lagi pedih itu..KAU masukkanlah dia ke dalam syurga..aku menyembah hanya padaMU Ya ALLAH…KAU cucurilah rahmat ke atas rohnya…Ya Allah…aku bertadah tangan memohon padamu wahai PENCIPTAKU..KAU yang menjadikan langit dan bumi ini…kau yang menjadikan siang dan malam…KAU jua yang mematikan bagi segala apa yang telah KAU hidupkan..KAU penentu bagi segala-galanya…Maka….KAU tempatkanlah AYAHKU di kalangan orang yang beriman dan bersama para solihin di hari Akhirat nanti..…Amin…Telah hampir 8 tahun AYAHKU pergi meninggalkan kami semua….meninggalkan isterinya….meninggalkan kami anak-anaknya….Tanggal 20 Disember 2003…pukul 10.55 pagi, AYAH pergi kerana menghidap penyakit buah pinggang……aku tahu AYAH telah merahsiakan segala penderitaannya dari kami semua..AYAHKU telah kembali ke rahmatullah kerana Allah S.W.T lebih menyayanginya….aku dan keluargaku redha dan terima dengan apa yang telah disuratkan ini….Mungkin ada hikmahnya di sebalik yang tersirat….Inilah kehendak dan ketentuan Allah…yang hidup pasti akan mati….itulah janji Allah…sebagai umat Islam…aku wajib mempercayainya…walaupun berat..walaupun perit…walaupun pedih… walaupun sedih…aku terima…
Aku amat bersyukur padaMU…kerana mengurniakan insan yang berhati luhur dan mulia sepertimu…AYAHKU yang mengajar dan mendidik aku dari kecil sehingga aku besar…tanpa aku dipukul, tanpa aku dicubit, tanpa aku ditampar, tanpa aku di caci maki…kaulah AYAH yang paling terbaik bagiku…terima kasih AYAH kerana memberiku makan…terima kasih AYAH kerana membelikanku pakaian…terima kasih AYAH kerana membesarkan aku…terima kasih AYAH kerana mendidikku..terima kasih AYAH kerana menghantar aku ke sekolah…terima kasih AYAH kerana menghantar ke sekolah KAFA untuk aku mendalami ilmu agama Islam…kerana walau ketika itu mungkin dirimu penat dan lelah dengan tanggungjawab harianmu..engkau tidak pernah lupa dan lalai dalam menjalankan tanggungjawabmu…..bagimu AYAH….kami semua adalah amanat dari Allah…kau didik dan pelihara kami dengan sebaik-baiknya….kau tidak pernah mensia-siakan kami….Kini semua anak-anakmu telah besar dan berjaya…dengan didikan dan bimbingan dari ibu..isteri AYAH..kami semua berjaya sehingga ke tahap hari ini…sesungguhnya AYAH tidak tinggalkan kami keseorangan menempuh ranjau dan onak kehidupan ini…ibu sentiasa ada disamping kami…berkat doa dan izin dari Allah S.W.T semua anak-anak AYAH telah berjaya dan mampu untuk membina kehidupan sendiri…aku sendiri kini telah menjadi tunangan orang..orangnya mirip sepertimu ayah…apabila aku melihat gerak geri dan tutur katanya, aku terkenang padamu ayah…dia juga adalah pilihan dari ibu…bagiku pilihan ibu adalah yang terbaik buatku…AYAH restuilah hubungan kami…semoga Allah sentiasa melindungi perhubungan yang kami lestarikan ini….yang telah kami patrikan ini…dia juga baik sepertimu ayah…mungkin Allah mengurniakan dia kepada kami bagi menggantikan kerinduan kami terhadapmu ayah…Terima kasih YA ALLAH…Sesungguhnya hanya ENGKAU yang MAHA Mengetahui atas segala kejadian yang telah kau jadikan dan takdirkan pada kami umatmu……Ayah…sesungguhnya kami anak-anakmu sekali-kali tidak pernah lupa dalam mendoakanmu…pusaramu kami ziarahi…bacaan Yassin kami sentiasa hadiahkan kepadamu…semoga AYAH tenang dan aman di alam sana…kami sering kali mengingatimu…lebih-lebih ibu…benar AYAH…ibu isteri yang Solehah…ibu sentiasa mengingatimu dan mendoakanmu wahai ayah…tidak pernah ibu terlupa walau sesaat mahupun seminit…ayah begitu bertuah memilikinya…dia memberi pendidikan agama yang secukupnya kepada kami…
TERIMA KASIH WAHAI IBU DAN AYAHKU…KAU LAH PENYULUH CAHAYA SINAR DALAM KEHIDUPAN KAMI…..KAU JUA PEMBENTUK ATURAN KEHIDUPAN KAMI…KAU PEMBERI SEMANGAT DALAM PERJALANAN HIDUP KAMI…KAU PENDORONG UNTUK KAMI BERJAYA…TERIMA KASIH DIATAS DIDIKAN DAN BIMBINGANMU…HANYA ALLAH S.W.T YANG MAMPU MEBALAS SEGALA JASA DAN PENGORBANANMU BERDUA…….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



AKU SANGAT RINDU PADAMU ABAH....
ReplyDelete