Monday, 23 May 2011
NAK tenangkan jiwa...? ANJUNG MENJARO....
Pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Anjung Menjaro ini di petang yang cerah dengan sinaran matahari yang memancar-memancar di atas kepalaku iaitu pada hari Khamis (19 Mei 2011), satu perasaan yang amat sukar untukku gambarkan pada semua..damai...tenang..hilang segala rasa kusut di fikiranku..di tambah pula bunyi desiran air terjun yang mengalir membuatkan aku lagi rasa terpanggil-panggil untuk terus masuk ke dalam sana..tugasan pertama yang aku lakukan sejurus tiba di sana ialah aku terus mengambil kamera dan mengambil gambar panaroma dan pemandangan yang tersergam indah di mata aku..sungguhh....Aku tidak menipu...Cubalah datang ke chalet milik sepenuhnya majikan aku yang terletak di Titi Hayun, Kedah.
Aku berpeluang datang ke sini pun kerana menghadiri program Qiyamullail anjuran syarikat aku. Program yang dianjurkan ini melibatkan banyak pihak sebenarnya. Turut hadir sama Al-Fadhil Ustaz Halim Abbas. Pada sesiapa yang tidak tahu, beliau merupakan seorang pendakwah bebas dan pejuang Islam. Beliau amat bijak dalam membuat perbandingan dan perhitungan dalam soal agama Islam. Aku pun sebenarnya baru mengenalinya. Tazkirah yang disampaikan olehnya amat berguna dan boleh dijadikan pedoman dan panduan dalam meneruskan kehidupan harian. Beliau menceritakan mengenai Fitnah yang terjadi di zaman serba membangun ini, yang mana orang yang salah dianggap benar, manakala orang yang benar dianggap salah pula. Lebih tepat lagi, kini "Yang Khianat dianggap Amanah".
Andai diberi peluang sekali lagi, aku pasti akan melibatkan diri dalam program seperti ini lagi. Banyak manfaat dan ganjaran yang akan diperolehi melalui program berbentuk Islamiah ini. Dengan cara ini, aku dan semua dapat mempertingkatkan lagi tahap keimanan diri masing-masing di samping dapat mendekatkan diri dengan Allah yang Satu. Kita juga dapat menunjukkan dan membuktikan rasa kesyukuran di atas segala kenikmatan, kesihatan dan kurniaan yang diberi oleh-NYA.
Sekiranya sesiapa yang ingin menenangkan fikiran, boleh lah datang ke sini. InsyaAllah segala masalah kehidupan anda akan dapat diatasi dengan cara yang lebih tenang dan aman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment