SEGUNUNG IMPIAN DAN SETINGGI HARAPAN BERSAMA..

ORANG BERILMU GEMARKAN BUKU
MENULIS DAN MEMBACA HOBI YANG SATU
BEGITULAH JUGA DENGAN DIRIKU
PUTERI OMZA BLOG AKU YANG SATU

SALAM SEJAHTERA BUAT PEMBACA
WANG DAN HARTA TIDAKKU MINTA
TERIMA KASIH SUDI MEMBACA
SALAH DAN SILAP MAAF DIPINTA


HAJAT DI HATI NAK JADI PENULIS
TAPI IMPIANKU TAK JADI-JADI
ARTIKEL, SAJAK, PANTUN KU TULIS
BUAT TATAPAN PEMBACAKU YANG SUDI

Impianku ketika masih dibangku sekolah lagi adalah untuk menjadi seorang penulis yang berjaya dan dikenali oleh semua lapisan masyarakat...muda dan tua pasti akan mengenali aku...dekat dan jauh akan datang mendapatkan autografku... wah...tingginya angan-anganku...tapi bukan angan-angan Mat Jenin yer...hehe...namun...kini, setelah berumur hampir 25 tahun..aku tidak dapat merealisasikan segala impianku itu...aku masih menulis dan berkarya..tapi...di dalam blog sahaja la...ibuku selalu menjadi pembaca setia karyaku itu...tak jemu ibuku membacanya...aku sedar dan akui bukan mudah untuk menjadi seorang penulis...bukan bakat dan pendidikan saja yang menjadi taruhan ...Namun, jika ada kemahuan dan keinginan di dalam diri, semua mampu berjaya dan mencapai apa yang telah diimpikan selama ini...aku begitu kagum dengan hasil penulisan yang begitu menarik, menyentuh hati, dan mampu memberi kesan kepada si pembaca. Maksudku dapat memberi kesan yang positif la...Contohnya, Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, Dr Fadzillah Kamsah, Dr HM Tuah Iskandar dan banyak lagi...ha...lagi satu hobiku di masa lapang...aku gemar membaca novel-novel lebih-lebih lagi yang berunsur cinta dan seram...Norhayati Ibrahim seorang penulis yang bijak, berwawasan, kreatif, inovatif dan aku suka membaca buku-buku hasil dari penulisannya..aku juga meminati karya penulisan daripadaAhadiat Akasyah..seorang penulis novel siri remaja..pasti kita berasa gembira dan bangga jika orang membaca hasil karya yang telah kita tulis...adakah aku dapat merasai peluang seperti itu...Insya Allah....jika diizinkan Allah S.W.T suatu hari nanti...Tiada apa yang mustahil di dalam hidup ini...Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca blog ku ini...walaupun hanya sekadar melihat frontpage blog ku saje.. hehe...terima kasih di atas kesudian itu...aku amat menghargainya... jika ada yang ingin berkongsi cerita, pengalaman atau memberi komen serta pandangan boleh la menghantarnya melalui email aku iaitu solehah_us86@yahoo. com atau umisolehah86@gmail.com
Terima kasih juga kepada ibuku yang tersayang yang sentiasa memberi galakan dan rangsangan...Puan Zaliha Bt Md. Yusoff...yang tidak jemu membaca hasil coretanku...buat seluruh keluargaku jua...untuk tunangku yang tersayang...Mohd Safri Abd. Manan...terima kasih banyak-banyak...terima kasih kerana sentiasa berada disisiku...You are everythinG...buat semua rakan seperjuanganku.... teruskan kekal setia dan memberi sokongan bersama PUTERI OMZA....andai ada kekurangannya aku pohon kemaafan daripada kalian semua...aku bukanlah yang terbaik namun aku akan cuba buat dan jadi yang terbaik....
WASSALAM...


" BELAJARLAH MENGHABISKAN PEMBACAAN SEHINGGA NOKTAH YANG TERAKHIR.
ITULAH CIRI SEORANG MANUSIA YANG BERGUNA. JADIKAN DIRI ANDA
SEBAGAI MANUSIA BIASA YANG BERFIKIR
SECARA LUAR BIASA "


TERIMA KASIH.....PUTERI OMZA.....

" MEMBERI MAKANAN MINDA DENGAN MENINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN MELALUI PEMBACAAN LEBIH BESAR MAKNA DAN FUNGSINYA KE ARAH MENAIKKAN TAMADUN DAN PERADABAN MANUSIA DARIPADA MEMBERI MAKANAN KEPADA TUBUH BADAN SEMATA-MATA"

PETIKAN KATA-KATA DARIPADA SEORANG PAKAR MOTIVASI TERKEMUKA
DATO' DR. HJ. MOHD FADZILAH KAMSAH





Monday, 9 May 2011

Mothers DAy with My IBU..!!!

 08/05/2011 - Mothers Day Card + Pandan Cake with Puding

Assalammualaikum. Rasanya lama sudah aku tak mengupdate blog ku ini. Malas dan x der idea sebenarnya nak bercerita di dalam blog ini. Mungkin juga kerana kesibukan bekerja. Sibuk ker aku nie erk..?hehe...8 May 2011 adalah Hari IBU Sedunia. Hari ini disambut adalah bertujuan bagi mengenang jasa seorang ibu, mama, ummi, ibu, mummy, amma, mother dan sebagainya la. Pada tahun nie tak ada yang special yang dapat aku berikan kepada ibuku yang tersayang. Hanya sebuah kad, kain pasang pilihannya sendiri, chocolate cup cake dan kek pandan+lapisan puding. Itu yang termampu untuk aku berikan pada ibuku. Nampak macam ibu aku suka jer. Tapi x tau lah kalau dia nak jaga hati aku saje. hehe.. Abang-abang dan adikku tidak pernah lupa memberikan ucapan "SELAMAT HARI IBU" walaupun mereka berada nun jauh di Ipoh, Batu Pahat dan Skudai, Johor. Kata ibuku, walaupun tidak memberi hadiah yang besar dan mahal, cukuplah sekadar memberi ucapan sebagai tanda mengingati dan penghargaan buat dirinya. Abang ngah ku memberi wang kepada ibuku untuk bershopping sendiri hadiah sempena Hari Ibu nie. Wah...seronoklah ibu ku. Ibuku membeli kasut sarung berjenama ANGELA MODA berwarna hitam dan biskut JACOBS kegemarannya 2 la...ha, terlupa pulak, telekung pun ibu aku beli jugak. Banyak juga ibuku dapat hadiah pada tahun nie. Sayangnya, kami adik beradik duduk berjauhan, utara dan selatan...kalau tak, leh celebrate dengan lebih happening dan meriah. InsyaAllah, akan tiba saat seperti itu nanti. Tidak lupa juga tunangku @ bakal menantu ibuku yang paling disayangi itu pun wish pada ibuku. Pagi-pagi lagi dah call ibuku untuk wish...Thanks sayangku...aku pun wish pada my future mother in law aku jugak..hehe..Kad yang aku buat selama satu hari itu, jenuh jugak ke hulu ke hilir mencari peralatannya, baguslah ibuku amat menyukainya. Ada digantung di ruang tamu rumah aku. Kad itu adalah sebesar televisyen 29" kot. Kata ibuku sebaik melihat kad itu, "MasyaAllah, cantik sungguh, bila buat kad nie? tapi......" tau apa yang tapi 2? Ibu ku cakap "Kad ni cantik, kreatif tu ada, design nyer menarik cuma kurang berseri" Aku pun tanya lah kenapa plak kurang berseri? Katanya "Sebab x guna semua warna hijau". Aku pun tertawa lah mendengarnya. Ibuku ni teramat menggemari warna hijau. Sanggup ibu beli walaupun mahal dan tak berguna pun sebenarnya, apa yang penting kerana ianya berwarna HIJAU hehe..Kek pandan+lapisan puding 2 pun warna hujau tau? sebab tu lah aku beli..Memang suka sungguhlah ibu aku makan kek 2...Ibu oh Ibu...Mak oh Mak....Selamat Hari Ibu...!!!!!

JACOBS...tak pernah IBU KU lupakan..
HIJAU..Itulah pilihan kain ibuku..
Telekung daripada Abg Ngah
Kek Pandan + lapisan Puding
Kek Pandan  + Choc Cake
Chocolate Cup Cake
Kasut ANGELA MODA Ibu
 Mothers Day Card My IBU...Baru aku sedari yang memang aku kurang menggunakan warna hijau pun..benar kata ibuku...banyak warna pink n oren jer...huhu..x per next time, aku akan make sure + confirm =  fully card green colour untuk IBU..no more others colour...



09 May 2011- Thanks IBU for Ikan Siakap 3 Rasa
Ibu membelanjaku Ikan Siakap 3 Rasa. Wah!!! sedap..tapi ketika lapar lah...apabila perutku dah rasa kekenyangan yang berada di tahap paling maksimum, biasa jer bagi aku masakan di Restoran Malaya 2. Boleh lah tahan, 1st time makan kat situ sebenarnya. Yang peliknya aku dan ibu dapat menghabiskan Ikan Siakap itu yang sebesar pinggan yang besar la..hehe...Nasi pun dapat dihabiskan dengan jayanya... Selalunya....hemmm...x pernah habis langsung pun..maybe lapar sangat kot time 2...Tambah plak ibu ku yang belanja...hehe...Ditambah pula dengan sambal belacan+timun, sayur kangkung, air carrot  susu dan apple juice. Sayang x order tomyam campur sekali n sotong goreng tepung, favourite menu aku ngan adik aku 2...Saja aku dan ibu nak try, cuba and test masakan di situ. Harga pun boleh lah tahan. Standard price for the standard menu. Terima kasih ibuku sayang, sebab belanja aku makan. Patutnya aku yang belanja makan sebab Mothers Day tak lepas lagi. Hehe...Ni terbalik plak.Ibu aku yang belanja. Terima kasih Ibu..lain kali bolehlah belanja lagi..















Sebenarnya, ni bukan Ikan Siakap 3 Rasa yang aku makan dekat Restoran Malaya 2. Ni aku amik dari internet jer..copy n paste je..hehe...dok asyik makan, terlupa pulak aku nak amik gambar, sedar-sedar dah tinggal tulang dah pun..tapi aku tetap amik gambar jugak..hehe...


IKan Siakap 3 Rasa Malaya Restaurant

















Inilah gambar yang aku ambil setelah aku dan ibu kekenyangan yang teramat sangat...hehe, dah kenyang baru sedar..itulah aku ketika dalam kelaparan dan keasyikan bersama Ikan Siakap 3 Rasa....

Apple Juice + Carrot Susu



Apabila perut sudah kekenyangan...syukur ALHAMDULILLAH..!!!!

AKHIR SEKALI...TERIMA KASIH IBU KERANA MELAHIRKAN AKU..KERANA MEMBESARKAN AKU..KERANA MENDIDIKKU..KERANA MEMASAK UNTUKKU KETIKA AKU LAPAR+MALAS...:-) KERANA MEMBASUHKAN PAKAIAN AKU KETIKA AKU KECIL...TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA PENGORBANANMU..SEGALA BUDI DAN JASA MU..SEGALA MASAMU...WANG RINGGITMU...DAN UNTUK SEGALA-GALANYA DUHAI IBU.....DAN KERANA MEMBELANJAKU IKAN SIAKAP 3 RASA YANG  AGAK SEDAP DAN MENYELERAKAN ITU....SELAMAT HARI IBU....SELAMAT HARI IBU....SELAMAT HARI IBU....!!!!!!!!!!!!!MMMMMMMUAAAAHHHHHHHH!!!!!!!

Puteri OMZA JUNIOR 01/06/1986


No comments:

Post a Comment