SEGUNUNG IMPIAN DAN SETINGGI HARAPAN BERSAMA..

ORANG BERILMU GEMARKAN BUKU
MENULIS DAN MEMBACA HOBI YANG SATU
BEGITULAH JUGA DENGAN DIRIKU
PUTERI OMZA BLOG AKU YANG SATU

SALAM SEJAHTERA BUAT PEMBACA
WANG DAN HARTA TIDAKKU MINTA
TERIMA KASIH SUDI MEMBACA
SALAH DAN SILAP MAAF DIPINTA


HAJAT DI HATI NAK JADI PENULIS
TAPI IMPIANKU TAK JADI-JADI
ARTIKEL, SAJAK, PANTUN KU TULIS
BUAT TATAPAN PEMBACAKU YANG SUDI

Impianku ketika masih dibangku sekolah lagi adalah untuk menjadi seorang penulis yang berjaya dan dikenali oleh semua lapisan masyarakat...muda dan tua pasti akan mengenali aku...dekat dan jauh akan datang mendapatkan autografku... wah...tingginya angan-anganku...tapi bukan angan-angan Mat Jenin yer...hehe...namun...kini, setelah berumur hampir 25 tahun..aku tidak dapat merealisasikan segala impianku itu...aku masih menulis dan berkarya..tapi...di dalam blog sahaja la...ibuku selalu menjadi pembaca setia karyaku itu...tak jemu ibuku membacanya...aku sedar dan akui bukan mudah untuk menjadi seorang penulis...bukan bakat dan pendidikan saja yang menjadi taruhan ...Namun, jika ada kemahuan dan keinginan di dalam diri, semua mampu berjaya dan mencapai apa yang telah diimpikan selama ini...aku begitu kagum dengan hasil penulisan yang begitu menarik, menyentuh hati, dan mampu memberi kesan kepada si pembaca. Maksudku dapat memberi kesan yang positif la...Contohnya, Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, Dr Fadzillah Kamsah, Dr HM Tuah Iskandar dan banyak lagi...ha...lagi satu hobiku di masa lapang...aku gemar membaca novel-novel lebih-lebih lagi yang berunsur cinta dan seram...Norhayati Ibrahim seorang penulis yang bijak, berwawasan, kreatif, inovatif dan aku suka membaca buku-buku hasil dari penulisannya..aku juga meminati karya penulisan daripadaAhadiat Akasyah..seorang penulis novel siri remaja..pasti kita berasa gembira dan bangga jika orang membaca hasil karya yang telah kita tulis...adakah aku dapat merasai peluang seperti itu...Insya Allah....jika diizinkan Allah S.W.T suatu hari nanti...Tiada apa yang mustahil di dalam hidup ini...Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca blog ku ini...walaupun hanya sekadar melihat frontpage blog ku saje.. hehe...terima kasih di atas kesudian itu...aku amat menghargainya... jika ada yang ingin berkongsi cerita, pengalaman atau memberi komen serta pandangan boleh la menghantarnya melalui email aku iaitu solehah_us86@yahoo. com atau umisolehah86@gmail.com
Terima kasih juga kepada ibuku yang tersayang yang sentiasa memberi galakan dan rangsangan...Puan Zaliha Bt Md. Yusoff...yang tidak jemu membaca hasil coretanku...buat seluruh keluargaku jua...untuk tunangku yang tersayang...Mohd Safri Abd. Manan...terima kasih banyak-banyak...terima kasih kerana sentiasa berada disisiku...You are everythinG...buat semua rakan seperjuanganku.... teruskan kekal setia dan memberi sokongan bersama PUTERI OMZA....andai ada kekurangannya aku pohon kemaafan daripada kalian semua...aku bukanlah yang terbaik namun aku akan cuba buat dan jadi yang terbaik....
WASSALAM...


" BELAJARLAH MENGHABISKAN PEMBACAAN SEHINGGA NOKTAH YANG TERAKHIR.
ITULAH CIRI SEORANG MANUSIA YANG BERGUNA. JADIKAN DIRI ANDA
SEBAGAI MANUSIA BIASA YANG BERFIKIR
SECARA LUAR BIASA "


TERIMA KASIH.....PUTERI OMZA.....

" MEMBERI MAKANAN MINDA DENGAN MENINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN MELALUI PEMBACAAN LEBIH BESAR MAKNA DAN FUNGSINYA KE ARAH MENAIKKAN TAMADUN DAN PERADABAN MANUSIA DARIPADA MEMBERI MAKANAN KEPADA TUBUH BADAN SEMATA-MATA"

PETIKAN KATA-KATA DARIPADA SEORANG PAKAR MOTIVASI TERKEMUKA
DATO' DR. HJ. MOHD FADZILAH KAMSAH





Tuesday, 10 May 2011

FUNNY LETTERS FOR SOMEONE....

‘Surat untuk kekasih’..
Kisah ini aku ambil daripada hafizmohd.com…sekadar untuk dijadikan renungan semua pembaca yang sedang membaca…
Puteri Tijah (bukan nama sebenar) dah mula bosan dengan kekasihnya, seorang orang putih Sir Henry Gurney (bukan nama sebenar juga). Dek kerana kebosanan melampau yang melanda dirinya, nak tengok muka si Henry pun dah naik muak, maka Puteri Tijah dengan senang hatinya menulis sepucuk surat sebagai wakil dirinya  kepada si Henry itu..begini suratnya..

Hi my boyafriend. My motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, i have see you and she together at town with my eyes self. You always request apology back back. I don’t trust you again!!! My friend speak you play three wood behind me. Now, i know you correct correct play three wood. So, i break off to pull my body from this love triangle. I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. So, i break off to go far from here, but i always love where also i live…safe live…bye bye my exboyafriend..”
 
Macam mana? Pernah kita sendiri yang menulis sebegini? Saya pernah juga tunggang-langgang bahasa yang satu ini, tapi Alhamdulillah mula belajar dan terus belajar untuk menambah ilmu.
Pengajaran? jangan takut untuk belajar bahasa asing..asalkan bahasa ibunda kukuh di sanubari dan tidak tunggang-langgang!

Aku sebagai pembacanya, menyokong apa yang diperkatakan oleh  beliau. Sebagai rakyat yang berbangsa Melayu, beragama Islam wajiblah kita untu menguasai bahasa Ibunda kita. Jangan sampai tak tahu apa pengertiannya kerana terlalu banyak menggunakan perkataan  shortcut. Jadikan bahasa kita sebagai bahasa utama kita. Namun bahasa Inggeris jangan dilupa dan diabaikan. Ianya tetap harus kita praktikkan dan pelajari jugak untuk kepentingan masa depan dan kemajuan negara….

No comments:

Post a Comment