SEGUNUNG IMPIAN DAN SETINGGI HARAPAN BERSAMA..

ORANG BERILMU GEMARKAN BUKU
MENULIS DAN MEMBACA HOBI YANG SATU
BEGITULAH JUGA DENGAN DIRIKU
PUTERI OMZA BLOG AKU YANG SATU

SALAM SEJAHTERA BUAT PEMBACA
WANG DAN HARTA TIDAKKU MINTA
TERIMA KASIH SUDI MEMBACA
SALAH DAN SILAP MAAF DIPINTA


HAJAT DI HATI NAK JADI PENULIS
TAPI IMPIANKU TAK JADI-JADI
ARTIKEL, SAJAK, PANTUN KU TULIS
BUAT TATAPAN PEMBACAKU YANG SUDI

Impianku ketika masih dibangku sekolah lagi adalah untuk menjadi seorang penulis yang berjaya dan dikenali oleh semua lapisan masyarakat...muda dan tua pasti akan mengenali aku...dekat dan jauh akan datang mendapatkan autografku... wah...tingginya angan-anganku...tapi bukan angan-angan Mat Jenin yer...hehe...namun...kini, setelah berumur hampir 25 tahun..aku tidak dapat merealisasikan segala impianku itu...aku masih menulis dan berkarya..tapi...di dalam blog sahaja la...ibuku selalu menjadi pembaca setia karyaku itu...tak jemu ibuku membacanya...aku sedar dan akui bukan mudah untuk menjadi seorang penulis...bukan bakat dan pendidikan saja yang menjadi taruhan ...Namun, jika ada kemahuan dan keinginan di dalam diri, semua mampu berjaya dan mencapai apa yang telah diimpikan selama ini...aku begitu kagum dengan hasil penulisan yang begitu menarik, menyentuh hati, dan mampu memberi kesan kepada si pembaca. Maksudku dapat memberi kesan yang positif la...Contohnya, Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, Dr Fadzillah Kamsah, Dr HM Tuah Iskandar dan banyak lagi...ha...lagi satu hobiku di masa lapang...aku gemar membaca novel-novel lebih-lebih lagi yang berunsur cinta dan seram...Norhayati Ibrahim seorang penulis yang bijak, berwawasan, kreatif, inovatif dan aku suka membaca buku-buku hasil dari penulisannya..aku juga meminati karya penulisan daripadaAhadiat Akasyah..seorang penulis novel siri remaja..pasti kita berasa gembira dan bangga jika orang membaca hasil karya yang telah kita tulis...adakah aku dapat merasai peluang seperti itu...Insya Allah....jika diizinkan Allah S.W.T suatu hari nanti...Tiada apa yang mustahil di dalam hidup ini...Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca blog ku ini...walaupun hanya sekadar melihat frontpage blog ku saje.. hehe...terima kasih di atas kesudian itu...aku amat menghargainya... jika ada yang ingin berkongsi cerita, pengalaman atau memberi komen serta pandangan boleh la menghantarnya melalui email aku iaitu solehah_us86@yahoo. com atau umisolehah86@gmail.com
Terima kasih juga kepada ibuku yang tersayang yang sentiasa memberi galakan dan rangsangan...Puan Zaliha Bt Md. Yusoff...yang tidak jemu membaca hasil coretanku...buat seluruh keluargaku jua...untuk tunangku yang tersayang...Mohd Safri Abd. Manan...terima kasih banyak-banyak...terima kasih kerana sentiasa berada disisiku...You are everythinG...buat semua rakan seperjuanganku.... teruskan kekal setia dan memberi sokongan bersama PUTERI OMZA....andai ada kekurangannya aku pohon kemaafan daripada kalian semua...aku bukanlah yang terbaik namun aku akan cuba buat dan jadi yang terbaik....
WASSALAM...


" BELAJARLAH MENGHABISKAN PEMBACAAN SEHINGGA NOKTAH YANG TERAKHIR.
ITULAH CIRI SEORANG MANUSIA YANG BERGUNA. JADIKAN DIRI ANDA
SEBAGAI MANUSIA BIASA YANG BERFIKIR
SECARA LUAR BIASA "


TERIMA KASIH.....PUTERI OMZA.....

" MEMBERI MAKANAN MINDA DENGAN MENINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN MELALUI PEMBACAAN LEBIH BESAR MAKNA DAN FUNGSINYA KE ARAH MENAIKKAN TAMADUN DAN PERADABAN MANUSIA DARIPADA MEMBERI MAKANAN KEPADA TUBUH BADAN SEMATA-MATA"

PETIKAN KATA-KATA DARIPADA SEORANG PAKAR MOTIVASI TERKEMUKA
DATO' DR. HJ. MOHD FADZILAH KAMSAH





Monday, 2 May 2011

RASA SAYANG + INGIN BERSATU = PERKAHWINAN


Indah sungguh ciptaan TUHAN
DIA menyatukan semua IKATAN
Itulah ketentuan dan takdir TUHAN
Menyatukan pasangan dengan IKATAN

DIA wujudkan rasa kasih dan SAYANG
Di dalam hati setiap INSAN
Wujudnya kasih timbulnya SAYANG
Itulah yang dialami oleh setiap INSAN

Setiap seseorang ada JODOHNYA
Hanya menanti saat dan MASA
Allah dah tentukan siapa JODOHNYA
Akan dipertemu bila tiba MASA

Bila dah lama kenal hati BUDI
Timbulnya rasa ingin BERSATU
Tentunya pasti yang baik BUDI
Pohonlah restu untuk BERSATU

Itulah suatu anugerah TUHAN
Cantumkan 2 hati menjadi SATU
Mati dan jodoh urusan TUHAN
Taatlah kita pada DIA yang SATU

Disatukan lelaki dan juga WANITA
Melalui akad dan PERKAHWINAN
Baik lelaki mahupun WANITA
Hargailah ikatan sebuah PERKAHWINAN

Syukurlah hanya pada Allah yang ESA
Memberi jodoh kepada KITA
DIA lebih tahu kerna MAHA ESA
Yang mana terbaik buat diri KITA

Sayanglah dengan pasangan ANDA
Pupuklah rasa kasih dan SAYANG
Itulah jodoh terbaik ANDA
Tunjukkan rasa cinta dan SAYANG

Terima kasih kepada-MU TUHAN
Kau wujudkan rasa rindu dan KASIH
Ku pohon hanya darimu TUHAN
Kekalkan kami dengan rasa KASIH

Ku cipta pantun sekadar LUAHAN
Ketika aku melayan PERASAAN
Bukan dongengan tapi LUAHAN
Harap tidak menyinggung PERASAAN

No comments:

Post a Comment