Wednesday, 25 May 2011
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MINUM COCA COLA
Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parkir kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.
Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!], time raya, time parti, time kenduri , time bola piala dunia dll.
Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Bulan ni bulan membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.
Posted by PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA at 12:03 PM
Tuesday, 24 May 2011
YANG HARAM TETAP TIDAK BOLEH DIHALALKAN
Aku amik coretan kisah ni daripada laman sosial @ facebook sahabatku buat renungan semua...
Selamat Membaca dan sama-sama kita jadikannya sebagai pedoman hidup...INSYAALLAH..
Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah. beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya. "Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.” Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas... p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam
By: Mohamad Anuar Timan
By: Mohamad Anuar Timan
Monday, 23 May 2011
NAK tenangkan jiwa...? ANJUNG MENJARO....
Pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Anjung Menjaro ini di petang yang cerah dengan sinaran matahari yang memancar-memancar di atas kepalaku iaitu pada hari Khamis (19 Mei 2011), satu perasaan yang amat sukar untukku gambarkan pada semua..damai...tenang..hilang segala rasa kusut di fikiranku..di tambah pula bunyi desiran air terjun yang mengalir membuatkan aku lagi rasa terpanggil-panggil untuk terus masuk ke dalam sana..tugasan pertama yang aku lakukan sejurus tiba di sana ialah aku terus mengambil kamera dan mengambil gambar panaroma dan pemandangan yang tersergam indah di mata aku..sungguhh....Aku tidak menipu...Cubalah datang ke chalet milik sepenuhnya majikan aku yang terletak di Titi Hayun, Kedah.
Aku berpeluang datang ke sini pun kerana menghadiri program Qiyamullail anjuran syarikat aku. Program yang dianjurkan ini melibatkan banyak pihak sebenarnya. Turut hadir sama Al-Fadhil Ustaz Halim Abbas. Pada sesiapa yang tidak tahu, beliau merupakan seorang pendakwah bebas dan pejuang Islam. Beliau amat bijak dalam membuat perbandingan dan perhitungan dalam soal agama Islam. Aku pun sebenarnya baru mengenalinya. Tazkirah yang disampaikan olehnya amat berguna dan boleh dijadikan pedoman dan panduan dalam meneruskan kehidupan harian. Beliau menceritakan mengenai Fitnah yang terjadi di zaman serba membangun ini, yang mana orang yang salah dianggap benar, manakala orang yang benar dianggap salah pula. Lebih tepat lagi, kini "Yang Khianat dianggap Amanah".
Andai diberi peluang sekali lagi, aku pasti akan melibatkan diri dalam program seperti ini lagi. Banyak manfaat dan ganjaran yang akan diperolehi melalui program berbentuk Islamiah ini. Dengan cara ini, aku dan semua dapat mempertingkatkan lagi tahap keimanan diri masing-masing di samping dapat mendekatkan diri dengan Allah yang Satu. Kita juga dapat menunjukkan dan membuktikan rasa kesyukuran di atas segala kenikmatan, kesihatan dan kurniaan yang diberi oleh-NYA.
Sekiranya sesiapa yang ingin menenangkan fikiran, boleh lah datang ke sini. InsyaAllah segala masalah kehidupan anda akan dapat diatasi dengan cara yang lebih tenang dan aman.
Sunday, 22 May 2011
KAU YANG SATU....MOHD SAFRI...
Tanpa mu aku la yang rindu
Tanpa dirimu hilanglah manjaku
Kasih mu adalah naluriku
Cintamu hanya di hatiku
Tanpa dirimu hilanglah manjaku
Kasih mu adalah naluriku
Cintamu hanya di hatiku
Izinkan aku selami hatimu
Izinkan aku bisikkan cintaku
Janjiku pada kau yang satu
Diriku hanyalah untukmu
Izinkan aku bisikkan cintaku
Janjiku pada kau yang satu
Diriku hanyalah untukmu
Engkau lah yang satu
Pujaaan hatiku
Sucinya cintaku padamu
Sayangku hanya kau yang satu
Kasih dah rinduku milikmu
Pujaaan hatiku
Sucinya cintaku padamu
Sayangku hanya kau yang satu
Kasih dah rinduku milikmu
HANYA PADAMU...MOHD SAFRI...
Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci
Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati
Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci
Saturday, 21 May 2011
KENAPA DIA BERUBAH....?

Assalammualaikum...selamat pagi....
Hari nie aku rasa ,macam sedih sangat. Rasa macam nak nangis tapi tak tau untuk apa aku perlu nangis. Aduhai, rungsing pulak kepala aku di saat ini. Kan seronok kalau hari ini cuti, dapat aku berjalan-jalan tenangkan fikiran. Fikiran aku kusut memikirkan perkara yang tak patut aku fikir...betullah cakap tunangku..aku ego dan tak pentingkan hati dan perasaan dia...aku keras kepala...aku kuat merajuk...aku suka cemburu....aku selalu cakap sesuatu yang menyakiti hati dia...katanya lagi, aku buat dia macam bola, bila aku perlu dia, aku cari...bila aku ada masalah, aku cerita pada dia...bila aku sedih, aku luah masalah pada dia...bila tak nak dia, aku tinggal dia macam 2 saja..dia cakap aku anggap dia tak penting dalam hidup aku...sedihnya aku bila dia kata macam tu...lebih-lebih lagi dari orang yang aku sayang..bila aku cerita pada ibuku...aku pula dipersalahkan...ketika menaip cerita ini, mataku pun sudah mula berair...aku tak nak fikirkan tapi aku tetap terfikir jua....tak lama lagi migrain aku pun mula menjelma..tak pelah, bukan ada sape kisah pun...bukan ada orang peduli pun...tapi aku ada family yang paling2 aku sayang....aku rindukan saat dulu-dulu...Saat aku belum dewasa...saat ketika ayahku masih lagi ada disamping aku dan keluarga...saat aku tak perlu lalui semua ini...andai aku punya kuasa...nak jer aku terbang ke mana tempat yang aku ingin pergi bersama ibu ku...di mana hanya aku dan ibu saja yang ada disitu...dan aku ada satu pokok emas yang boleh aku luahkan masalah aku kat dia, x perlu lah aku ceritakan pada orang lain dah...tak perlu lah dia anggap aku buat dia macam bola lagi....Apabila aku mula menulis..tenang hati dan jiwaku...meluahkan apa yang tersimpan sejak kelmarin lagi...rasa kesedihan terus berlalu pergi....
Thursday, 19 May 2011
LELAKI CEMBURU...PATUTKAH?

Salam buat semua. Dah seminggu aku tidak menjenguk blogku ini. Rindu rasanya. Rasa tenang bila aku dapat menulis. Meluahkan apa yang aku rasa di hadapan komputer yang tidak boleh bercakap dan tidak dapat memberi respons balik kepadaku. Kalaulah komputer boleh bercakap?? Sesuatu yang mustahil dan merepek...hehe...aku bila kebosanan dan kelaparan memang suka merepek dan melalut...hehe...Malam ini aku ada program Qiyamullail anjuran syarikat aku kerja nie. First time dapat attend program macam nie......tapi bukan pasal kerja or pasal program aku nak share kat cni....kali nie nak stori-mori jer......
Berbalik pada tajuk aku yang utama nie...lelaki cemburu..patutkah? Apa pandangan korang? biasa kita dengar awek or pompuan jer yang cemburu nie. Ada yang sampai sanggup membunuh dan mendera pasangan mereka. Dahsyat gak la kalau macam 2....? kenapa lelaki cemburu? Mungkin kerana si lelaki tu terlalu menyayangi pasangannya kan, mungkin juga takut kehilangan, atau takut aweknya bermain kayu dibelakangnya...berapa banyak kayu aku x tau la...dalam erti kata lain adalah curang...!! tapi kenapa sampai perlu membunuh? mendera? menyepak? ada 2 sampai sanggup menyimbah asid gara-gara cemburu. Ya ALLAH...bacalah akhbar dan majalah, tiap-tiap hari pasti ada stori pasal cemburu nie.... Sebenarnya dalam sesuatu perhubungan yang terjalin, boleh berasa cemburu, namun berpada-padalah..beringat-ingatlah... Jangan sampai menyakiti hati dan mencederakan pasangan kita sudahlah. Secara peribadi, tunangku sekarang nie seorang yang cemburu. Dulu tak pernah pun..pelik juga...tu tandanya dia sayang sangat-sangat kat aku.. kadang-kadang tu sampai merajuk ngan aku la...gara-gara cemburu..janganlah dok puji artis ke, pelakon ke, pelawak ke...confirm!!!! cemburu la nanti...but aku suka tengok dia cemburu+merajuk....SO SWEET'S... macam Maya Karin kata kat Remi Ishak dalam filem CUN 2....
Aku lainla...memang kuat cemburu pun..kuat merajuk...memang aku akui...hanya IBU dan tunangku yang tersayang saja faham isi hatiku. Tapi best n happy sebenarnya bila orang yang kita sayang tu rasa cemburu, barulah kita akan rasa diri kita ni seperti dihargai, disayangi dan dikasihi. Lagipun, cemburu tu kan tandanya sayang. betul tak? Persoalannya, patutkah seorang lelaki cemburu???? Mestilah patut...kalau x cemburu macam mana nak tau 'tahap kesayangan' 2 kan...tapi kenalah ada hadnya...kepada si Dara, janganlah menduakan pasangan anda...INGAT...jika kamu menduakan pasangan kamu, dia juga akan menduakan kamu.....PERCAYAILAH kata-kataku ni...jangan jadikan 'cinta jarak jauh' sebagai satu alasan untuk menduakan pasangan anda...kepada si Jejaka, janganlah terlampau 'cemburu ekstrem' sangat yer....? Tak semua pompuan suka...tapi saya suka....huhu....SEKIAN....WASSALAM....
Tuesday, 10 May 2011
FUNNY LETTERS FOR SOMEONE....
‘Surat untuk kekasih’..
Kisah ini aku ambil daripada hafizmohd.com…sekadar untuk dijadikan renungan semua pembaca yang sedang membaca…
Puteri Tijah (bukan nama sebenar) dah mula bosan dengan kekasihnya, seorang orang putih Sir Henry Gurney (bukan nama sebenar juga). Dek kerana kebosanan melampau yang melanda dirinya, nak tengok muka si Henry pun dah naik muak, maka Puteri Tijah dengan senang hatinya menulis sepucuk surat sebagai wakil dirinya kepada si Henry itu..begini suratnya..
“Hi my boyafriend. My motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, i have see you and she together at town with my eyes self. You always request apology back back. I don’t trust you again!!! My friend speak you play three wood behind me. Now, i know you correct correct play three wood. So, i break off to pull my body from this love triangle. I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. So, i break off to go far from here, but i always love where also i live…safe live…bye bye my exboyafriend..”
Macam mana? Pernah kita sendiri yang menulis sebegini? Saya pernah juga tunggang-langgang bahasa yang satu ini, tapi Alhamdulillah mula belajar dan terus belajar untuk menambah ilmu.
Pengajaran? jangan takut untuk belajar bahasa asing..asalkan bahasa ibunda kukuh di sanubari dan tidak tunggang-langgang!
Aku sebagai pembacanya, menyokong apa yang diperkatakan oleh beliau. Sebagai rakyat yang berbangsa Melayu, beragama Islam wajiblah kita untu menguasai bahasa Ibunda kita. Jangan sampai tak tahu apa pengertiannya kerana terlalu banyak menggunakan perkataan shortcut. Jadikan bahasa kita sebagai bahasa utama kita. Namun bahasa Inggeris jangan dilupa dan diabaikan. Ianya tetap harus kita praktikkan dan pelajari jugak untuk kepentingan masa depan dan kemajuan negara….
AKU...KEK..DAN SEBUAH KENANGAN...
Dulu aku sangat gemarkan kek...sejak dari aku kecil lagi..tapi bila dah besar dan berusia nie aku jarang dah makan kek...mybe sebab aku takut gemuk kot...kek kan ada banyak krim...banyak coklat...pada setiap tahun, di hari jadi aku, pasti ibu atau arwah ayah ku akan membelikan kek..kadang-kadang 2 dapat juga buat birthday party..cuma bila umur aku menjangkau masa yang istimewa seperti sweet's 17th dan sweet's 21th...besar gak majlis hari jadi aku 2...dapat banyak present...kek pun besar sungguh ibu aku beli...siap order sebulan sebelum birthday party aku...tapi sayang, dulu aku x amik gambar kek masa hari jadi aku pun..ruginyer..tapi time 2 aku bukan tau apa erk?? hp pun x der time 2...kalau x penuh dalam blog Puteri OMZA ni aku upload picture birthday cake aku waktu dulu-dulu...hehe...bagi aku la kan, amatlah penting sebuah kek pada setiap majlis atau peristiwa yang semua orang lalui...nampak lebih meriah dan boleh dikenang serta diingati sampai bila-bila...macam majlis pertunangan dan perkahwainan sekarang, tak sah kalau tak ada kek nie..siap beli yang bertingkat-tingkat lagi.....masa abg ngah ku kawin, aku ada sponsor kek sebesar 2 buku A4..aku order kat Fairy jer..harganya dalam RM 70.00 jer...ngah gaji la katakan time 2...nak order kat Secret Recipe...Al Maklumlah kan...Dan bila waktu aku bertunang hari tu (05/12/2010), sahabat karibku...iaitu Nurul' Ashikin Binti Azman telah membelikanku sekaligus menghadiahkan kek aiskrim+coklat kat Secret Recipe...Mahal jugak 2...Pastu untuk tunangku pun dier bagi jugak...Murni sungguh hatinya...Sehingga ke hari ini, aku masih mengingati kenangan itu...Tak mungkin aku lupa sampai bila-bila...Inilah aku, kek dan sebuah kenangan.....Jadi, bagi menghargai hari-hari terpenting seseorang insan yang kita sayang...sertailah dengan kek...x perlu beli kek yang mahal...cukuplah sebagai tanda ingatan kita kepadanya...walaupun hanya mampu membeli sepotong kek saja...Wassalam...
KEK DAN PERISTIWA SERTA SEBUAH KENANGAN
![]() |
| Engagement CAke for my Day from SECRET RECIPE |
![]() |
| Engagement Cake dari DIA (05/12/2010) |
![]() |
| Kek ni ngan kek atas sekali telah disponsor oleh my best freind drp SECRET RECIPE...Thanks a lot Syikin...U are My Best Friends.. |
![]() |
| Solehah with Safri ( 30/04/2010) |
![]() |
| MY Birthday Cake last year (tahun 2010) with my IBU |
![]() |
| Celebrate Birthday aku yang ke-22 (tahun 2008) kat Kuching, Sarawak |
![]() |
| Masa ni majlis Wedding belah My Sister In-Law & Abg Ngah kat Batu Pahat, Johor (Julai 2010) |
![]() |
| Ni lah kek FAIRY yang aku sponsor masa WEDDING Abg Ngah aku kat Kedah (Ogos 2010) |
![]() |
| HARI IBU (08/05/2011) - FOR MY IBU... |
Monday, 9 May 2011
HANTARAN OH HANTARAN....!!!!
Kalau lah aku kreatif dalam soal gubah-menggubah nie pasti seronok dan bangga..hehe...yer lah..nampak jer mudah tau benda nie..tapi kalau kita tak kreatif, tak boleh wat apa pun...even nak wat kelopak atau bunga pakai riben saja...kalau cantik gubahan kita tu nanti, orang pun akan puji macam nie..." Wah...cantiknya gubahan you, nanti i punya majlis engagement or wedding i nak tempah kat you la..nice giler ar..., serius!!" hehe...itu baru tandanya sentuhan tangan dan gubahan kita menjadi...ok lah, aku tak mau berceloteh panjang...ni antara koleksi barang hantaran semasa majlis pertunangan aku dan majlis perkahwinan abg ngah aku...tapi aku ingatkan di sini, bukan aku yang gubah pun...ayah dan ibu mertua abg ngah aku yang gubah...sangat-sangat menarik..ramai yang memuji rekaannya...memuji gubahannya...suka aku...sangat-sangat suka..!!!!!!!!walaupun bukan aku lah yang menggubahnya...hehe...
Ini jelly perisa strawberry yang budak-budak suka makan 2...murah jer aku beli...cantik kan gubahannya..??
![]() |
| Ni jelly perisa Lemon or Mangga kot... |
![]() |
| Setelah digubah...Kain Pelikat + Kain Tuala.. |
![]() |
| DIARI + SET BARANGAN LENO ( TALI PINGGANG+WALLET) |
![]() |
| Koleh kacang daripada nenekku.. |
![]() |
| Puding Jagung + Susu. Inilah buatan khas daripada IBUku...Sedap sungguh!!!!! |
![]() |
| MERPATI SEDANG BERJOLI-JOLI..HEHE.. |
| BUNGA RAMPAI...Pasti tidak dilupakan.... |
Ada lagi gambar hantaran aku ni, tapi lambat sesangat nak di upload, gambar-gambar kat atas nie amik pakai hp jer..sebab tu tak lambat mana aku upload...tidak mengapa...kat bawah nie gambar hantaran abg ngah aku plak..tapi simple jer la sebab kami jer yang wat n hias kan..hehe..
![]() | |
| Gambar ni dan ke bawah merupakan sambungan daripada gambar yang x sempat di upload tadi... |
| Aku memilih buah-buahan tempatan untuk dijadikan hantaran pertunanganku |
| ADAT...Sirih Junjung... |
| DETIK BERSEJARAH DAN TERINDAH...05 DISEMBER 2010... |
BILA HANTARAN AKU DAN DIA BERSATU
| MERISIK DAN BERTUNANG..... |
Subscribe to:
Comments (Atom)




































