SEGUNUNG IMPIAN DAN SETINGGI HARAPAN BERSAMA..

ORANG BERILMU GEMARKAN BUKU
MENULIS DAN MEMBACA HOBI YANG SATU
BEGITULAH JUGA DENGAN DIRIKU
PUTERI OMZA BLOG AKU YANG SATU

SALAM SEJAHTERA BUAT PEMBACA
WANG DAN HARTA TIDAKKU MINTA
TERIMA KASIH SUDI MEMBACA
SALAH DAN SILAP MAAF DIPINTA


HAJAT DI HATI NAK JADI PENULIS
TAPI IMPIANKU TAK JADI-JADI
ARTIKEL, SAJAK, PANTUN KU TULIS
BUAT TATAPAN PEMBACAKU YANG SUDI

Impianku ketika masih dibangku sekolah lagi adalah untuk menjadi seorang penulis yang berjaya dan dikenali oleh semua lapisan masyarakat...muda dan tua pasti akan mengenali aku...dekat dan jauh akan datang mendapatkan autografku... wah...tingginya angan-anganku...tapi bukan angan-angan Mat Jenin yer...hehe...namun...kini, setelah berumur hampir 25 tahun..aku tidak dapat merealisasikan segala impianku itu...aku masih menulis dan berkarya..tapi...di dalam blog sahaja la...ibuku selalu menjadi pembaca setia karyaku itu...tak jemu ibuku membacanya...aku sedar dan akui bukan mudah untuk menjadi seorang penulis...bukan bakat dan pendidikan saja yang menjadi taruhan ...Namun, jika ada kemahuan dan keinginan di dalam diri, semua mampu berjaya dan mencapai apa yang telah diimpikan selama ini...aku begitu kagum dengan hasil penulisan yang begitu menarik, menyentuh hati, dan mampu memberi kesan kepada si pembaca. Maksudku dapat memberi kesan yang positif la...Contohnya, Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, Dr Fadzillah Kamsah, Dr HM Tuah Iskandar dan banyak lagi...ha...lagi satu hobiku di masa lapang...aku gemar membaca novel-novel lebih-lebih lagi yang berunsur cinta dan seram...Norhayati Ibrahim seorang penulis yang bijak, berwawasan, kreatif, inovatif dan aku suka membaca buku-buku hasil dari penulisannya..aku juga meminati karya penulisan daripadaAhadiat Akasyah..seorang penulis novel siri remaja..pasti kita berasa gembira dan bangga jika orang membaca hasil karya yang telah kita tulis...adakah aku dapat merasai peluang seperti itu...Insya Allah....jika diizinkan Allah S.W.T suatu hari nanti...Tiada apa yang mustahil di dalam hidup ini...Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca blog ku ini...walaupun hanya sekadar melihat frontpage blog ku saje.. hehe...terima kasih di atas kesudian itu...aku amat menghargainya... jika ada yang ingin berkongsi cerita, pengalaman atau memberi komen serta pandangan boleh la menghantarnya melalui email aku iaitu solehah_us86@yahoo. com atau umisolehah86@gmail.com
Terima kasih juga kepada ibuku yang tersayang yang sentiasa memberi galakan dan rangsangan...Puan Zaliha Bt Md. Yusoff...yang tidak jemu membaca hasil coretanku...buat seluruh keluargaku jua...untuk tunangku yang tersayang...Mohd Safri Abd. Manan...terima kasih banyak-banyak...terima kasih kerana sentiasa berada disisiku...You are everythinG...buat semua rakan seperjuanganku.... teruskan kekal setia dan memberi sokongan bersama PUTERI OMZA....andai ada kekurangannya aku pohon kemaafan daripada kalian semua...aku bukanlah yang terbaik namun aku akan cuba buat dan jadi yang terbaik....
WASSALAM...


" BELAJARLAH MENGHABISKAN PEMBACAAN SEHINGGA NOKTAH YANG TERAKHIR.
ITULAH CIRI SEORANG MANUSIA YANG BERGUNA. JADIKAN DIRI ANDA
SEBAGAI MANUSIA BIASA YANG BERFIKIR
SECARA LUAR BIASA "


TERIMA KASIH.....PUTERI OMZA.....

" MEMBERI MAKANAN MINDA DENGAN MENINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN MELALUI PEMBACAAN LEBIH BESAR MAKNA DAN FUNGSINYA KE ARAH MENAIKKAN TAMADUN DAN PERADABAN MANUSIA DARIPADA MEMBERI MAKANAN KEPADA TUBUH BADAN SEMATA-MATA"

PETIKAN KATA-KATA DARIPADA SEORANG PAKAR MOTIVASI TERKEMUKA
DATO' DR. HJ. MOHD FADZILAH KAMSAH





Thursday, 28 April 2011

PANDUAN MENGENALI LELAKI BAIK

OLEH : DR. HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ


Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalampelajaran ataupun pekerjaan. Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa danboleh bertindak bodoh.
Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindakbetul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu. Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur. Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.
Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman. Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur saja, siapapun tidak suka jika dia dikatakan tidak baik, meskipun dia memang tidak baik. Jadi, cuba bayangkan perasaan seorang yang baik tetapi asyik dicurigai.
Persoalannya bagaimanakah hendak mengenali lelaki baik? Memang sukar namun kita perlu berpegang pada satu-satu prinsip untuk dijadikan panduan. Kita boleh kata tak semestinya begitu dan tak semestinya begini, tapi jika kita terus berkata begitu, kita tidak akan mencapai kesudahan. Kita akan menjadi seorang jurutikai dan tiba-tiba tanpa kita sedar dia sudah pun meninggalkan kita kerana tidak tahan dengan kerenah kita.
Oleh itu, jadikan apa yang akan saya paparkan di bawah ini sebagai panduan saja. Tidak semestinya betul, harus salah. Lelaki itu jujur jika:
1. Dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi kita boleh berpegang lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu.Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.
2. Dia seorang yang kuat pengamalan agamanya. Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin besar pula syaitannya. Namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil kuat peribadahan agamanya berbanding yang ambil tidak peduli dengan agamanya.
3. Dia seorang yang amat mengambil berat tentang keluarganya. Seorang lelaki yang baik pasti seorang yang amat disenangi oleh seluruh ahli keluarganya.Tumpuannya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN.
Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki itu sempurna. Dia sudah tentu tidak punya masa untuk menjalin hubungan-hubungan luar biasa sebab kesibukannya bersama kerjaya, keluarga dan TUHAN.
Kerjaya menjadikannya seorang yang sibuk untuk mengejar matlamat, keluarga sandarannya untuk menjadi seorang penyayang dan bertanggungjawab. TUHAN pula menjadi pengharapannya demi kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta kekal abadi. Apakah anda fikir seorang lelaki yang mempunyai tiga aspek begini masih patut dicurigai?
Ramai suri rumah akhirnya ditinggalkan kerana terlalu prasangka, menyangka yang bukan-bukan serta merangsang suami dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Nasihat saya, berilah kepercayaan padu kepada suami anda selagi belum terbukti sesuatu. Selagi ia berlegar dalam pemikiran ia tidak perlu dilayan.
Selamat membina perhubungan intim dan jadilah orang yang ceria serta bahagia sepanjang hidup kita. Saling mempercayai lebih bagus daripada saling mencurigai.

Wednesday, 27 April 2011

AYAHKU SEORANG PERWIRA

Dulu arwah ayahku seorang TENTERA
Berkorban tenaga tak kira MASA
Banyak sungguh jasa TENTERA
Menjaga negara setiap MASA

Ayahku seorang perwira NEGARA
Membela nasib nusa dan BANGSA
Menjaga keselamatan seluruh NEGARA
Tidak mengira agama dan BANGSA

Perwira negara banyak BERJASA
Meninggalkan anak isteri TERCINTA
Sesungguhnya ayahku banyak BERJASA
Pada negara Malaysia TERCINTA

Ayahku berperang dan pergi BERJUANG
Rela berkorban sehingga MATI
Itulah semangat orang yang BERJUANG
Mempertahankan negara sampai ke MATI

Ramai tentera berkorban NYAWA
Demi menjaga keselamatan KITA
Melindungi Malaysia selagi berNYAWA
Semua sejahtera termasuk KITA

Ayahku memilih menjadi TENTERA
Untuk membela nasib KELUARGA
Apabila menjadi seorang TENTERA
Tak banyak masa bersama KELUARGA

Kepada mereka yang bergelar TENTERA
Lakukan tugas dengan jujur dan RELA
Ayahku juga seorang TENTERA
Buat apa pun Dia pasti RELA

Kepada semua pemimpin NEGARA
Sedarlah budi dan jasa TENTERA
Mereka semua pejuang NEGARA
Jangan dilupa pengorbanan TENTERA

Bantulah tentera yang bergelar PESARA
Kenangkan segala sumbangan MEREKA
Walaupun kini mereka PESARA
Negara aman makmur kerana MEREKA

Semua tentera dianggap PERWIRA
Baik laut, udara dan juga DARAT
Ayahku tetap seorang PERWIRA
Berkhidmat sebagai TENTERA DARAT !!!!

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Pantun ini aku ciptakan khas buat Allahyarham Abahku Omar Bin Jaafar.. Ini merupakan salah satu cara aku mengingatinya dan menggambarkan segala pengorbanannya pada negara Malaysia....
Aku  bersyukur dan bangga menjadi anak seorang TENTERA....


LANGKAH SEORANG PEJUANG

BERKORBAN DEMI NEGARA DAN AGAMA TERCINTA

YANG TERISTIMEWA ITU KAMU

SEKADAR RENUNGAN UNTUK DIRIMU










Mari bersama baca coretanKU
Khususnya tunangku En. Mohd SafRI
Jika ada salah dan silapKU
Ku pohon maaf sepuluh jaRI

Terima kasih kepada tunangKU
Dirimu tak jemu memberiku nasiHAT
Kau juga banyak menyokong diriKU
Takut ku terpengaruh dengan anasir jaHAT

Puteri OMZA pilihan hati INI
Di sini bermula tak akan berAKHIR
Dirimu ku cari selama INI
Kau pertama kau jua terAKHIR

05 Disember 2010 janji terbiNA
Hanya menanti hari BAHAGIA
Moga impian kita kan terlaksaNA
Bersama membina keluarga BAHAGIA

Banyak dugaan kita tempUHI
Untuk bersama hingga akhir NANTI
Perkara terlarang kita jaUHI
Hanya menunggu saat yang di NANTI

Kau bersabar dengan rajukKU
Kau pujukku tanpa rasa jeMU
Terima kasih kerna memilihKU
Ku kan setia bersama denganMU

Bulan dan tahun silih berGANTI
Kita berdua hidup berjauHAN
Dirimu tidak dapat diGANTI
Moga dipanjangkan jodoh oleh TUHAN

Kau tak pernah melupakan AKU
Biarpun kita jarang berteMU
Kau sangat kasih kan AKU
Aku sangat sayang padaMU

Kita bertemu kerana Yang ESA
Kau pilihan ibu dan AKU
Ku pohon hanya pada yang KUASA
Takdirkan terbaik untuk kau dan AKU

Semoga kita kekal BERSAMA
Dengan restu dan doa KELUARGA
Doakan selamanya kita kan BERSAMA
Menyatukan sebuah ikatan KELUARGA

Pantun ini aku dedikasikan khas buat tunangku yang tersayang dan teristimewa : Mohd Safri Bin Abd. Manan

Tuesday, 26 April 2011

IBU BERTAKHTA DI HATI KU

Buat tatapan ibu terSAYANG
Moga bahagia ceria seLALU
Ibu ku perlu Ibu ku SAYANG
Di masa kini dan masa LALU

Lahirku ke dunia dari perut MU
Kau jaga diri ku sehingga ku beSAR
Ibu didik ku tak jemu-jeMU
Supaya aku tak jauh tersaSAR

Terima kasih duhai ibu KU
Aku berjaya kerana diri MU
Bersama arwah ayah membesarkan aKU
Menjadikan aku insan berilMU

Ibu lah bintang ratu hatI KU
Bersama berdua siang dan maLAM
Ibu sentiasa menemanI KU
Di waktu terang mahupun keLAM

Jasamu akan tetap ku keNANG
Akanku jagamu selagi berNYAWA
Jika ada anugerah, kaulah pemeNANG
Ibu sanggup korban harta dan NYAWA

Ibu besarkan kami penuh deriTA
Susah dan senang hanya ibu yang TAHU
Pengorbananmu itu tidak terkaTA
Hanya Allah sajalah yang lebih TAHU

Ibu sentiasa doakan kAMI
Setiap detik tak pernah DILUPA
Ibulah insan paling memahAMI
Budi dan jasamu tak mungkin DILUPA

Banya teguran yang telah kau bERI
Tanpa pernah merasa jeMU
Hidupku kini lebih bersERI
Bersama tunang pilihan hati MU

Buat insan bergelar iBU
Luahan hati ku ikhlas untuk MU
Namamu terpahat di hati dan kalBU
Aku kan terus bersama dengan MU

Sekian saja coretan dari KU
Harapanku ibu gembira hendakNYA
Ampunkan segala salah dosa KU
Moga ibu dilindungi oleh-NYA

Pantun ini aku dedikasikan khas buat ibuku yang tersayang dan teristimewa : Puan Zaliha Bt Md Yusoff

MENGAPA DIKATAKAN "DARAH MANIS" APABILA BERGELAR TUNANGAN ORANG??

Apabila bertanya semua tak TAHU
Kerana tak baca majalah ANIS
Adakah semua pembacaku TAHU
Apakah itu darah mANIS?

"Darah Manis" terjadi bila bertuNANG
Bertolak ansur amatlah penTING
Pasangan perlu banyak berteNANG
Bila bergaduh janganlah melenTING!

Apa dirisau tentang darah MANIS
Jika Si Dia kita yang empuNYA
Anggapkan itu perkara MANIS
Sejahtera selalu hubungan hendakNYA!

Kasih sayang pengikat hubuNGAN
Jagalah hati pasangan masing-maSING
Doakan hubungan kekal berpanjaNGAN
Pasti hati tak terasa teraSING!

Sayang-menyayang adat berkaSIH
Tiada yang kedua, Dialah yang SATU
Janganlah anggap seperti disiSIH
Yakinlah Si Dia cinta kita yang SATU!

Bila berjauhan janganlah cuRANG
Adab pergaulan harus DIJAGA
Setialah dengan tunangmu seoRANG
Perasaannya juga perlu DIJAGA!

Pesanku pada yang bergelar tunaNGAN
Jangan dibuat perkara terLARANG
Walaupun hanya berpegangan taNGAN
Agama ISLAM tetap meLARANG!!

Puteri OMZA mengundur diRI
"Darah Manis" menjadi topik perbuALAN
Semoga berjumpa di lain haRI
Email lah saya jika ada persoALAN...


Hanya sekadar renungan dan nasihat buat yang bergelar tunangan atau pun bakal bergelar tunangan....TAHNIAH....Semoga berbahagia bersama SI DIA untuk selama-lamanya...AMIN...

TUAH BERSAMAMU IBU...119377

Pada suatu malam yang bertarikh 24 April 2011 (Ahad), kira-kira 4 hari yang berlalu, aku bersama ibuku pergi ke Karnival Riang Ria (ekspo) kerana pada malam tersebut akan diadakan cabutan bertuah sempena dengan hari penutupan karnival tersebut. Jika diikutkan hatiku, memanglah aku malas untuk pergi, terasa mengantuk pun ada, lebih-lebih lagi ketika itu aku begitu asyik menyaksikan rancangan mentor sambil menjamah maggi perisa SEDAP yang tidaklah sesedap mana. Aku pergi bersama ibuku. Apabila tiba di sana, aku lihat ramai sungguh orang yang datang untuk mendengar nombor cabutan bertuah. Siapakah yang layak membawa pulang hadiah lumayan yang telah ditawarkan oleh pihak penganjur? Kereta, skuter elektik, vacuum, tv 29", basikal dan sebagainya. Kadang-kadang menyesal dan malu pun aku rasa sebab turut sama datang ke karnival yang penuh sesak dengan orang ramai. Ibuku seperti mahu pulang. Al-maklumlah ibuku seorang yang amat pemalu. Ibuku membayangkan bahawa yang datang tidaklah seramai mana.Tidaklah sesesak mana. Namun, kami tunggu juga sehingga program cabutan bertuah mula. Aku dapat merasakan yang tidak mungkin nombor kupon kami akan terpilih. Rasa macam membuang masa di situ pun ada jugak.Tiba-tiba no 119377 telah dipanggil sebanyak 3 kali di atas pentas. Tidak ku sangka nombor kupon yang aku pegang sama dengan nombor yang disebut di atas pentas. Aku terus pergi ke sana. Ibu hanya tersenyum memandangku. Walaupun hadiahnya taklah semahal dan sebesar mana, aku tetap bersyukur kerana nombor kupon kami tetap terpilih. Walaupun kami hanya mendapat Jug Glass Set saja. Tapi cuba bayangkan, daripada kita datang tak dapat apa-apa, tak bawak pulang apa-apa...bolehlah walaupun setakat Jug Glass Set saja. Persoalannya di sini, semuanya kerana tuah bila aku bersama dengan ibuku. Setiap kali, jika nak memasukkan nombor cabutan bertuah, aku pasti akan meminta ibuku yang memasukkannya ke dalam kotak kerana aku percaya pada "tuah" yang ada pada ibuku sejak daripada dulu, kini dan selamanya...lagipun lebih berkat kan...? Inilah buktinya..TUAHKU BILA BERSAMA DENGAN IBUKU...PUAN ZALIHA BT MD YUSOFF...

Monday, 25 April 2011

HIMPUNAN MUTIARA KATA OLEH DR. HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ

Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat. Tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.


Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.


Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.


Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.


Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.


Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.


Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.


Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.


Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan.


Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.


Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.


Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kaya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.


Tidak perlu merayu pada orang yang sudah tiada simpati. Hati kita milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ.


Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati, merindui.


Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti.


Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan.


Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki.


Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi orang.


Boleh diharap merupakan asas pertama peribadi yang baik.


Sifat peribadi anda dapat ditentukan menerusi rakan-rakan anda


Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda.


Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.


Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.


Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.


Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah hanya dengan doa kita dan dengan keizinanNya.


Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak.


Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna...


Seekor singa yang ganas lebih mudah ditentang daripada seorang pemerintah yang kejam, dan pemerintah yang kejam lebih mudah dihadapi daripada angkara fitnah yang berkekalan.


Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.


Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.


Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.

Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.

Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.

Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.

Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.

Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.

Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.

Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.

Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.

Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.

Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.

Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.

Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.

Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.

Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.

Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.

Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan.

Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

Pesawat yang betul bukan saja memastikan kita selamat ke destinasi yang betul, tapi penghujung yang betul.

Baca buku menyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca buku. Kan buku tu penuh khasiat.

Bawa pulang seorang sahabat yang tidak jemu-jemu menasihat.

Setiap jalan keluar dari alam perkahwinan jawapannya derita, sengsara dan air mata.

Nak mencium wangi jangan berdiri atas duri.

Tanamlah benih yang baik supaya kamu memetik hasil yang baik.

Nak buat sesuatu jangan terjah dulu tapi belajarlah dulu.

Fikir itu kepalanya berkat.

Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi.

Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, bila di tangan sendiri ia berubah warna.

Usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tak mungkin dicapai, bumi setia di bawah telapak kaki.

Tak ada orang untung sepanjang masa; ada ketikanya rugi jugak; tak ada orang rugi sepanjang masa, ada ketikanya untung jugak.

Tatkala kita di bawah yakinlah kita pasti akan berada di atas, dan tatkala kita berada di atas yakinlah kita tak selamanya di situ.

Bertindaklah seperti apa yang kita nak jadi.

Usah berhenti mencari maklumat baru sebab setiap maklumat baru menjadi titik pemisah kita daripada tertipu.

Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari keredhaan TUHAN, manakala keredhaan TUHAN itu datangnya dari semua perbuatan baik yang kita lakukan.

Hidup bukan perjudian tapi perjuangan.

Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.

Perjalanan adalah sebaik-baik guru.

Mengajar binatang bercakap lebih mudah daripada mengajar manusia berhenti bercakap.

Perkahwinan adalah satu tanggungjawab untuk saling bertanggungjawab.

Tak guna membeli buku kalau tak dibaca, tapi itu lebih baik daripada langsung tak kenal buku.
 
Kita menghormati diri kita apabila kita berikan dia kesempatan mengenal ilmu.

Berfikirlah dulu sesaat sebelum bertindak terus sepuluh minit.

Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi fikirannya masih terbelenggu oleh penjara diri.

Yang mahu ke depan ramai. Yang sanggup berdepan saja tak ramai.

Kalau nak tahu kita ini tinggi atau rendah, jangan tengok orang tinggi tapi tengoklah orang rendah.

Bagi yang tahu, yang susah itu adalah senang, bagi yang tak tahu yang senang itu adalah susah. 
Tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan menyusahkan orang yang tahu.

Orang yang hidupnya menyusahkan orang sebenarnya bukanlah orang.

Perkara yang paling seronok dibuat ialah berhutang, perkara yang paling susah untuk dibuat ialah membayar hutang.

Pada asasnya hidup itu tidaklah susah, yang susah ciri-ciri untuk menjadikan hidup itu suatu kehidupan dan biasanya ciri-ciri itu kita sendiri yang menciptanya.

Sesuatu yang berharga tak mudah mendapatkannya, ibarat memetik bintang di hujung duni

Bukan semua laba itu nikmat, adakalanya laba mendatangkan bala.
Genggam bara api biar sampai jadi intan.

Kalau hidung masih berhingus jangan fikir soal kahwin, tapi kalau hidung asyik berhingus itu mungkin tanda menyesal sebab berkahwin.

Jodoh memberatkan kepala, setelah mendapat jodoh boleh jadi semakin memberatkan kepala.

Biar berdiri di puncak tertinggi tapi tanah masih di kaki daripada kaki memang di tanah, tapi merasakan tidak jejak ke bumi.

Penjara diri jauh lebih berbahaya daripada penjara besi.

Nak tidur itu mudah, yang payah nak tidur nyenyak sepanjang malam, bebas dari igauan ngeri, bebas dari gangguan nyamuk, bebas dari ngorok.

Negara yang maju bukan negara yang merdeka tapi bagaimana mereka menafsirkan erti kemerdekaan itu.

Lihatlah alam cari kehebatan, lihatlah diri cari motivasi.

Selamatkanlah dirimu dari penjara diri kerana ia lebih berbahaya daripada penjara besi.

Usah ditengok tuahnya orang, tuah sendiri berada di kaki, usah tergadai menjadi arang, tapi terus teguh memotivasi diri.

Pelajaran itu penting, ibarat lilin apabila bekalan elektik terputus.

Kan lebih bagus kita ada benda dan boleh berbangga dengan apa yang kita ada daripada kita langsung tak boleh berbangga sebab langsung tak ada apa-apa.

Jadilah cerdik supaya bergeliga, tapi tak usah terlalu bergeliga nanti hilang pula cerdiknya.

Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan yang utama.

Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.

Kita tertarik ke belakang, faktor luaran tak banyak campurtangan, yang sebetulnya diri kita sendiri yang jadi dalang.

Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.

Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.

Maut juruintai yang tak pernah lalai.

Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.

Tak ada kerja cuba menjaja, cuba-cuba jugalah menjaja gula, tak ada kerja cari kerja, dah ada kerja tak senonoh pula.

Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.”

Berjaya dalam hidup sekarang ini ialah lambang orang yang bekerja keras. Hanya orang yang bekerja keras dan kuat berusaha akan menikmati kejayaan. Dan hanya orang yang berani saja akan mampu menterjemahkan kejayaannya dalam bentuk benda. Dan hanya orang yang betul-betul larat, berkeupayaan dan berkemampuan saja yang sanggup memiliki benda yang jarang-jarang orang mampu memilikinya.

Alam sediakalanya cantik dan semua usaha dalam alam ini asalnya cantik, tinggal kita saja nak bagi lebih cantik atau tak nak bagi cantik.

Musuh kita yang paling jahat adalah hati kita, tapi kawan kita yang baik pun adalah hati kita.

Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai itu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.

Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.

60 Tips Menawan Hati Pasangan Anda....SELAMAT BERAMAL...

Oleh Pakar Motivasi (Dr Hj Fadzilah Kamsah)


1.Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


10 sebab perempuan tak respect lelaki...

1. dah ada awek kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.

2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.

10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.

*** PUTERI OMZA SEKADAR INGI BERKONGSI PANDANGAN DAN PENDAPAT SAHAJA... TIADA NIAT UNTUK MENCARI KESALAHAN MAHUPUN MENYINGGUNG  PERASAAN KAUM LELAKI...JIKA ADA KEKURANGANNYA, BERUBAHLAH...INSYAALLAH..PASTI AKAN ADA WANITA ISTIMEWA DI DALAM HIDUP ANDA SUATU HARI NANTI...AMIN...

BACA DAN HAYATILAH JIKA KAMU SEORANG MANUSIA…


Gambaran Hari Kiamat (Sumber Daripada Amar Sufi)

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:  Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.  Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Terima kasih kerana membacanya sehingga habis. Petikan di atas bukan hasil ciptaan Puteri OMZA. Harap maklum. Bahannya diambil daripada sumber-sumber lain.

Saturday, 23 April 2011

THANKS ALLAH FOR EVERYTHING !!!

SALAM PERKENALAN DARIKU

I am who I am...Puteri OMZA...

BILA KASIH TERCIPTA

FASA 1..
SAAT MULA MENGENALI...EPISOD PERKENALAN...
FASA 2..
BERGELAR SEBAGAI SAHABAT...TEMAN SUKA DAN DUKA..
FASA 3..
BANYAK BERKONGSI MASALAH DAN PENDAPAT...SENTIASA MEMBERI NASIHAT...
FASA 4..
CHEMISTRY @ KESERASIAN MULA WUJUD..MUNGKIN INI DINAMAKAN JODOH...
FASA 5...
HATI MULA TERPAUT..HATI TELAH BERSATU...
FASA 6...
MULA MELUAHKAN ISI HATI DAN HASRAT...
FASA 7....
BERGELAR SEBAGAI KEKASIH...DUA HATI MENJADI SATU
FASA 8...
MENGIKAT TALI PERTUNANGAN...MEMATRI JANJI..
FASA9...
BERSAMA KE ALAM RUMAH TANGGA...MEMBINA SEBUAH KELUARGA YANG HARMONI..
FASA 10....
SEHIDUP SEMATI SEHINGGA KE AKHIR HAYAT....INSYAALLAH...
JIKA DIIZINKAN ALLAH...

inilah yang dikatakan "BILA KASIH TERCIPTA"

KAMU SEMUA SETUJU DENGAN PENDAPAT SAYA.....????

Aku bersama sebuah IMPIAN....

Aku menulis bukan sekadar suka-suka.. Bukan juga kerana aku dipaksa...Itu adalah hobiku...aku gemar menulis dan amat gemar membaca...Dari kecil itulah kegemaranku...buku koleksi terbaruku yang aku dan ibuku beli kini bertajuk La tahzan (jangan bersedih) dan Andalah Wanita Paling Bahagia.... karya daripada Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni...Minatku terhenti seketika tatkala aku pergi meneruskan pelajaran ke peringkat kolej. Lama sudah aku meninggalkan dunia penulisanku ini...Kini aku telah kembali...Kembali untuk meneruskan impianku walaupun sekadar di dalam blog sahaja....Mungkin hanya aku yang membacanya...tidak ada siapa yang akan menilainya..Aku tetap berasa puas hati dan gembira. Jika aku mempunyai ruang waktu yang lebih, akanku terus menulis dan menulis di dalam blog ini...PUTERI OMZA...Biarpun hasil penulisanku tidaklah sehebat penulis-penulis yang telah tersedia hebat aku tetap mahu menulis dan terus menulis...Bukan demi orang lain... Tapi kerana diriku sendiri....kerana inilah kemahuan dan keinginanku...inilah harapanku...inilah impianku...aku akan terus bersama dengan impianku ini...bersama dengan harapanku ini...Untuk menjadikan ianya nyata aku sendiri tidak pasti bila masanya.....namun aku amat mengharapkannya...InsyaAllah..


Friday, 22 April 2011

Untuk ubati penyakit RAJUK ,,bagaimana cara-caranya??

Ramai lelaki yang bosan dengan kerenah rajuk-merajuk ni...tapi bila hati dah sayang mereka turutkan jua...mereka cuba memujuk dengan berbagai-bagai cara....bagiku orang yang suka merajuk nie manja orangnya...rajuk bukan satu sikap yang dibuat-buat ataupun mengada-ngada...mereka mungkin mahukan atau perlukan perhatian daripada orang yang mereka sayang.....orang yang suka merajuk juga kadang-kadang mahu menguji tahap sejauh mana pasangannya menyayangi diri mereka...mereka bukan sengaja ingin merajuk atau membuat lelaki bosan dengan mereka..dengan sikap yang dianggap kebudak-budakan dan kurang matang itu...memang lumrah mereka begitu..aku sendiri secara jujurnya mengakui bahawa aku seorang yang kuat merajuk...hanya ibuku saja yang amat memahamiku..yang amat mengerti tentang kerenah rajukku itu..Ibuku tidak pernah jemu memujukku...tapi kadang-kadang aku terfikir juga...kenapa aku mesti merajuk? sampai bila perlu merajuk? tapi rajukku tidaklah selama mana pun..dan ianyajuga  tidak juga menyusahkan mereka yang memujukku...terima kasih kepada mereka yang sabar dengan perangai burukku ini...kini aku masih lagi seorang yang perajuk...tapi mungkin tidaklah seteruk sikapku suatu ketika dahulu..yang di awal belasan tahun..kata ibuku...perangai rajukku berpunca dari sikap ibuku sendiri yang ketika itu mengandungkan aku...terbawa-bawa agaknya...bagaimana caranya untuk ubati penyakit rajuk...? apa penawarnya....? apa ubatnya...? adakah ada dijual di farmasi, kedai ubat, klinik, hospital...? Sikap suka merajuk mungkin tidak ada ubatnya namum kita boleh memikirkan inisiatif atau kaedah untuk meminimumkan tahap kerajukan itu...khususnya kepada diriku sendiri...akan ku cuba untuk mengurangkan rajukku itu..demi menjaga hati dan hubungan bersama semua insan yang aku sayang....

Sebuah Keikhlasan,,pentingkah ia...???

KEIKHLASAN....? Satu perkataan yang sering didengar dan disebut oleh semua manusia...tidak perlulah diterjemahkan lagi apa itu keikhlasan...Semua pasti tahu apa maknanya...semua pasti tahu apa ertinya...semua pasti pernah mendengar tentangnya...cuma kurang memahaminya..apakah keikhlasan itu penting dalam kehidupan kita hari ini..? banyak yang aku perhatikan kini, ramai dermawan, usahawan, segala macam jenis orang yang menderma atau membuat amal kebajikan contohnya memberi dana dan tanah untuk membina masjid, surau, rumah anak-anak yatim, hospital dan sebagainya...tetapi ikhlaskah mereka? relakah mereka? jika mereka dengan rasa ikhlas hati melakukannya... Dengan niat untuk membantu orang fakir, miskin, dan yang susah...yang tidak mampu...mengapa perlu di panggil semua wartawan di dalam mahupun luar kawasan, daerah untuk membuat liputan tentang usaha dan kerja amal yang dilakukannya itu...mengapa perlu digembar-gemburkan di merata tempat...tidakkah itu dianggap seperti hipokrit...? itu bukan ikhlas namanya...mengapa tidak kita pasangkan niat yang utama tujuan kita menderma dan berbuat amal kebajikan di dalam hati dan diri kita bahawa setiap yang kita lakukannya adalah kerana Allah S.W.T semata-mata disamping untuk memperolehi pahala dan keberkatan daripada-NYA...bantulah dengan rasa seikhlas hati..jangan mengharapakan apa-apa balasan daripada orang lain..orang disekeliling kita...jangan mengharapkan penghargaan...jangan mengharapkan pujian...jangan mengharapkan segala budi dan jasa akan dibalas...jangan mengejar glamour semata-mata...lihat saja pada hari ini....jika yang menderma pasti akan dikatakan pemurah...baik hati...prihatin dengan masalah rakyat...semangat 1 MALAYSIA la katakan...jika dilihat di dalam akhbar-akhbar tempatan mereka lah yang berada di halaman utama...mengapa perlu begitu...? pentingkah untuk membuat seperti begitu? ingatlah, jika kita melakukan sesuatu yang tidak ikhlas..hanya untuk mendapat nama dan gelaran  semata-mata..kita tidak akan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T... percayailah...Allah tidak akan menerima amalan dan usaha kita jika kita tidak ikhlas dalam melakukannya...semoga  "ikhlas" telah sebati di dalam diri kita...Sebelum aku terlupa, keikhlasan bukanlah tertumpu pada derma dan amal kebajikan semata-mata....dalam menjalankan kewajipan harian juga kita perlulah ikhlas...contohnya sebagai seorang isteri dan ibu yang menjalankan tanggungjawab dan kewajipan mereka...berat sebenarnya tugas mereka...menjaga suami, menjaga anak,  memasak, membasuh baju, mengemas rumah, mendidik dan sebagainya...mereka perlulah ikhlas dalam melakukannya...ada sesetengah daripada mereka yang merungut, mengungkit,  membebel dan mengadu penat...macam-macam lah...sedarlah semua wanita, bahawa itu adalah merupakan satu ibadat dan akan diberikan ganjaran pahala yang berganda-ganda...yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit...yang tidak dapat ditebus dengan harta dunia...banyak perkara yang melibatkan "keikhlasan", namun tidak semua dapat aku huraikan di sini...fikirlah dengan hati yang waras, renunglah dengan minda yang bernas...lakukanlah sesuatu dengan rela... insyaAllah... anda semua akan merasai nikmat "keikhlasan" itu....jangan cari kesilapan orang lain...tapi carilah kesilapan diri sendiri.... ikhlaskah kita selama ini...?? TEPUK DADA TANYALAH IMAN.......sesungguhnya setiap orang khususnya umat Islam yang ikhlas merupakan seorang hamba yang mulia di sisi Allah S.W.T.... MAHA segala MAHA yang juga merupakan PENCIPTA segala makhluk yang bernyawa ataupun tidak yang ada dimuka bumi ini...Wallahualam..sekian lah coretan dariku untuk hari ini...di hari Sabtu yang penuh dengan kesunyian... kesepian...kebosanan...sesungguhnya yang baik itu datang daripada-NYA...dan segala kekurangan dan kelemahan itu adalah datang daripada hamba yang lemah seperti diriku ini...Amin ya rabbal alamin...

Tuesday, 12 April 2011

....Nama DAN Sifat KU.....

PENGERTIAN NAMA DAN SIFAT TINGKAH LAKU KU...HANYA MELALUI  KAJIAN YANG AKU SENDIRI TIDAK PASTI.......

Thursday, 7 April 2011

DENGAN IZIN DARI-MU YA ALLAH KAMI BERTEMU DAN BERSATU…. BERSAMA MEMBINA IKATAN KEBAHAGIAAN DENGAN KEREDHAAN DARIMU... YA ALLAH


Ku akui kini kau adalah segalanya bagiku
Kau penyeri setiap siang dan malamku
Kau jua pelengkap dalam kehidupan seharianku
Kau selalu membuatkan ku tersenyum
Kau sentiasa menggembirakan ku
Setiap saat suka dan duka ku
Pasti akan ditemani olehmu..tidak pernah kau meninggalkan aku keseorangan..
Kau tidak pernah jemu untuk setia bersamaku…memberi perhatian kepada diriku..
Kau korbankan segala-galanya demi untuk ku
Kau korbankan masa dan wang ringgitmu
Kau ketepikan keegoanmu
Hanya untuk membuktikan kepadaku….
Betapa kau mengasihi aku……….
Betapa kau menyayangi aku……….
Betapa kau merindui aku……….
Tika aku dalam kesepian kau sentiasa ada disisiku..ada di setiap sudut masaku..
Tika aku dalam kesusahan kau sentiasa membantuku
Tika aku dalam kesedihan kau sentiasa menggembirakanku
Terima kasih wahai tunangku
Kerana sentiasa ada bersamaku
Terima kasih…Kerana melayan kerenah rajukku yang kadang-kadang banyak membuat hatimu terguris
Namun engkau tetap mengalah dan berdiam diri demi menjaga hatiku ini
Terima kasih sekali lagi kerana …..
Berjanji untuk sehidup semati denganku
Berjanji untuk bersama denganku selamanya
Berjanji untuk setia sehingga ke akhir hayat kita
Berjanji untuk bersama sehingga nafas kita yang terakhir
Berjanji untuk membahagiakan diriku
Berjanji untuk melindungi diriku
Berjanji untuk membimbing dan mendidikku ke jalan ISLAM..jalan yang diredhai oleh PENCIPTA kita..
Aku sungguh bersyukur kepada Illahi kerana mempertemukan aku denganmu
Kerana menyatukan hatiku dan hatimu menjadi satu
Kerana merapatkan ikatan kasih dan sayang di antara kita
Kerana membentuk rasa rindu dan cinta di dalam diri kita
Sesungguhnya aku teramat menyayangimu…teramat mengasihimu..
Sebagaimana aku menyayangi dan mengasihi Allah S.W.T yang SATU
Sebagaimana aku menyayangi dan mengasihi ibu serta kelurgaku..
Semoga ikatan kasih yang terbina sentiasa berada di dalam lindunganmu YA ALLAH..aku pohon padaMU
Terima kasih wahai ibuku kerana memilihnya yakni dirimu sebagai jodoh dan pelindungku
InsyaAllah ….aku tahu dirimu adalah pilihan yang terbaik untuk diriku ini
Semoga kasih kita akan terpatri nan abadi di hati untuk selama-lamanya
Amin ya rabbal alamin…kepadaMU YA ALLAH aku memohon..takdirkan sesuatu yang terbaik buat kami..
Buat tatapan dan renungan  tunang yang tersayang……. 
MOHD SAFRI BIN ABD MANAN
28 Mac 2011 (Isnin) bersamaan 23 Rabiul Akhir 1432H

Doa Untuk Sihat Tubuh Badan dan Berlindung dari Kekufuran dan Azab Kubur

Dibaca pada setiap pagi iaitu sesudah solat subuh dan selepas solat asar.Nescaya Allah akan mengurniakan kesihatan pada kita dan menjauhkan kita dari kekufuran dan kepapaan serta dari azab api neraka.  

MUTIARA DOA

DOA PELINDUNG


بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الأَرْضِ

وَلاَ فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ


Maksudnya : Dengan Nama Allah yang dengan namaNya tidak akan memberi mudharat apa pun yang ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Riwayat Tirmidzi & Abu Daud)

Dalam Sunan at-Tirmidzi dikatakan: "Sesiapa yang pada waktu pagi dan petang membaca doa ini sebanyak tiga kali, maka ia tidak akan ditimpa keburukan pada hari itu.


Wednesday, 6 April 2011

PENDERITAAN INSAN YANG BERGELAR IBU

Tiada ungkapan kata yang dapat kami zahirkan betapa kami anak-anakmu amat menyayangimu..
Tiada bicara yang dapat kami lontarkan bagi menggambarkan segala pengorbanan yang telah engkau berikan kepada kami..setiap titik peluhmu IBU…tidak terbayar oleh kami…kami tidak mampu…
Tanpa kau IBU…siapalah kami ini, di manakah kami kini…kami bersyukur kerana di lahirkan dari perutmu wahai IBU…
Kami teramat bersyukur memiliki IBU yang berhati suci dan nurani sepertimu…sesungguhnya engkau teramat bersabar dengan tingkah laku kami..gerak geri kami, tutur kata kami…yang mana kami telah banyak mengguris hati kecilmu… Wahai IBU…TERIMA KASIH kerana melahirkan kami…ampunkan segala dosa kecil dan dosa besar kami….
Engkau tidak pernah mengherdik kami, memukul kami, menghina kami…malah amat jarang sekali memarahi kami.. sehingga kami menjadi lupa dan alpa bahawa kami telah banyak mengecilkan hatimu dengan kata-kata kami wahai IBU…
Jika suatu ketika dahulu, IBU bersama-sama ayah membesarkan kami, menjaga kami, mendidik kami, memberi kami ilmu agama, menghantar kami ke sekolah…kini IBU keseorangan memikul tanggungjawab itu…sungguh berat…
Sesungguhnya IBU adalah seorang insan yang sabar  kerana tidak pernah patah semangat dan lelah dalam membesarkan kami sehingga ke hari ini… Sehingga anak-anakmu telah berjaya kini…sehingga ada yang telah berkahwin…
IBU, dari kecil dirimu telah mengenal erti kesusahan, keperitan dan kepayahan dalam hidup..betapa beratnya bebanan yang dikau tanggung wahai IBUku….kini engkau menjaga kami anak-anakmu dan menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh arwah ayah…Engkaulah IBU yang Mithali dan sejati…tidak terbalas segala jasamu itu..
Sekalipun IBU tidak pernah lupa untuk mendoakan kami di dalam solat IBU…tapi kami…???? IBU tidak pernah mengabaikan tanggungjawab IBU terhadap kami…apa yang kami hajati semua IBU penuhi walau dalam apa jua keadaan sekalipun..walau ketika itu IBU tidak mempunyai wang atau apa-apa…IBU sanggup meminjam dari sesiapapun  asalkan keperluan dan kehendak anak-anak IBU dipenuhi…IBU ketepikan rasa malu dan maruah ibu…sesungguhnya begitu agungnya pengorbanan dan jasamu IBU...terima kasih wahai IBU...kami semua berjaya keranamu IBU…
Kini…walaupun semua anakmu telah membesar…setelah bertahun-tahun ayah meninggalkan kita semua…    
IBU masih tidak dapat mengecapi kesenangan dan kemewahan  dalam hidup…
Kasihan IBU…kami tidak mampu untuk memenuhi segala kehendak dan impian IBU… ” Ya ALLAH Engkau panjangkan umur IBUku supaya kami anak-anaknya dapat membalas segala jasa dan pengorbanannya…. Ya ALLAH ” 
IBU sering dianaiya dan ditipu oleh orang di sekeliling IBU. Sesungguhnya niat IBU sungguh suci dan murni untuk membantu mereka…tapi mereka…termasuk saudara kandung IBU sendiri sanggup menipu dan memperdayakan IBU…IBU amat bersabar dengan semua ini…IBU redha dan tabah di atas apa yang tersurat…semoga ALLAH merahmati IBU kami….dan memasukkannya ke dalam syurga…InsyaALLAH…Kami mohon padamu Ya ALLAH….
Kesulitan demi kesulitan yang terpakasa ibu galasi gara-gara masalah orang lain…ibu hanya berdiam diri dan terima ini semua dengan menganggap ini sebagai satu qada’ dan qadar dari ALLAH S.W.T …IBU sungguh tabah…peritnya hidup IBU..Kami tahu IBU menangis sendirian..IBU tidak pernah membebankan anak-anak IBU…IBU tidak pernah meminta wang daripada kami…sehingga kami semua menjadi lupa pada tanggungjawab kami…apalah ertinya wang ringgit jika dibandingkan dengan apa yang telah ibu korbankan pada kami selama ini…
Terima kasih IBU kerana mekahirkan kami ke muka bumi ini….
Ya..ALLAH…kami anak-anak IBU sentiasa mendoakan yang terbaik untuk IBU kami…Engkau permudahkan perjalanan hidupnya Ya ALLAH…Lindungilah IBU kami…Berkatilah hidup IBU kami…Berilah hidayah dan nur kepada IBU kami…Engkau masukkanlah IBU kami ke dalam syurga-mu yang sungguh indah dan letakkan IBU kami di kalangan orang yang mulia dan beriman Ya ALLAH…”

TERIMA KASIH WAHAI BONDA KAMI YANG DIKASIHI : PUAN ZALIHA BINTI MD YUSUF
                     ALLAHYARHAM OMAR BIN JAAFAR (AYAHANDA)
ANAK-ANAKMU : ASMADIRA, MUHAMMAD AMIN, UMI SOLEHAH & ABDUL SYAHID
  
LUAHAN HATI..ANAKANDA PUTERIMU…

 “ IBU…ENGKAULAH RATU HIDUPKU….”