SEGUNUNG IMPIAN DAN SETINGGI HARAPAN BERSAMA..

ORANG BERILMU GEMARKAN BUKU
MENULIS DAN MEMBACA HOBI YANG SATU
BEGITULAH JUGA DENGAN DIRIKU
PUTERI OMZA BLOG AKU YANG SATU

SALAM SEJAHTERA BUAT PEMBACA
WANG DAN HARTA TIDAKKU MINTA
TERIMA KASIH SUDI MEMBACA
SALAH DAN SILAP MAAF DIPINTA


HAJAT DI HATI NAK JADI PENULIS
TAPI IMPIANKU TAK JADI-JADI
ARTIKEL, SAJAK, PANTUN KU TULIS
BUAT TATAPAN PEMBACAKU YANG SUDI

Impianku ketika masih dibangku sekolah lagi adalah untuk menjadi seorang penulis yang berjaya dan dikenali oleh semua lapisan masyarakat...muda dan tua pasti akan mengenali aku...dekat dan jauh akan datang mendapatkan autografku... wah...tingginya angan-anganku...tapi bukan angan-angan Mat Jenin yer...hehe...namun...kini, setelah berumur hampir 25 tahun..aku tidak dapat merealisasikan segala impianku itu...aku masih menulis dan berkarya..tapi...di dalam blog sahaja la...ibuku selalu menjadi pembaca setia karyaku itu...tak jemu ibuku membacanya...aku sedar dan akui bukan mudah untuk menjadi seorang penulis...bukan bakat dan pendidikan saja yang menjadi taruhan ...Namun, jika ada kemahuan dan keinginan di dalam diri, semua mampu berjaya dan mencapai apa yang telah diimpikan selama ini...aku begitu kagum dengan hasil penulisan yang begitu menarik, menyentuh hati, dan mampu memberi kesan kepada si pembaca. Maksudku dapat memberi kesan yang positif la...Contohnya, Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, Dr Fadzillah Kamsah, Dr HM Tuah Iskandar dan banyak lagi...ha...lagi satu hobiku di masa lapang...aku gemar membaca novel-novel lebih-lebih lagi yang berunsur cinta dan seram...Norhayati Ibrahim seorang penulis yang bijak, berwawasan, kreatif, inovatif dan aku suka membaca buku-buku hasil dari penulisannya..aku juga meminati karya penulisan daripadaAhadiat Akasyah..seorang penulis novel siri remaja..pasti kita berasa gembira dan bangga jika orang membaca hasil karya yang telah kita tulis...adakah aku dapat merasai peluang seperti itu...Insya Allah....jika diizinkan Allah S.W.T suatu hari nanti...Tiada apa yang mustahil di dalam hidup ini...Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca blog ku ini...walaupun hanya sekadar melihat frontpage blog ku saje.. hehe...terima kasih di atas kesudian itu...aku amat menghargainya... jika ada yang ingin berkongsi cerita, pengalaman atau memberi komen serta pandangan boleh la menghantarnya melalui email aku iaitu solehah_us86@yahoo. com atau umisolehah86@gmail.com
Terima kasih juga kepada ibuku yang tersayang yang sentiasa memberi galakan dan rangsangan...Puan Zaliha Bt Md. Yusoff...yang tidak jemu membaca hasil coretanku...buat seluruh keluargaku jua...untuk tunangku yang tersayang...Mohd Safri Abd. Manan...terima kasih banyak-banyak...terima kasih kerana sentiasa berada disisiku...You are everythinG...buat semua rakan seperjuanganku.... teruskan kekal setia dan memberi sokongan bersama PUTERI OMZA....andai ada kekurangannya aku pohon kemaafan daripada kalian semua...aku bukanlah yang terbaik namun aku akan cuba buat dan jadi yang terbaik....
WASSALAM...


" BELAJARLAH MENGHABISKAN PEMBACAAN SEHINGGA NOKTAH YANG TERAKHIR.
ITULAH CIRI SEORANG MANUSIA YANG BERGUNA. JADIKAN DIRI ANDA
SEBAGAI MANUSIA BIASA YANG BERFIKIR
SECARA LUAR BIASA "


TERIMA KASIH.....PUTERI OMZA.....

" MEMBERI MAKANAN MINDA DENGAN MENINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN MELALUI PEMBACAAN LEBIH BESAR MAKNA DAN FUNGSINYA KE ARAH MENAIKKAN TAMADUN DAN PERADABAN MANUSIA DARIPADA MEMBERI MAKANAN KEPADA TUBUH BADAN SEMATA-MATA"

PETIKAN KATA-KATA DARIPADA SEORANG PAKAR MOTIVASI TERKEMUKA
DATO' DR. HJ. MOHD FADZILAH KAMSAH





Wednesday, 10 August 2011

AKU DAN MAKANAN...

Assalammualaikum...

Seingat aku, ingat-ingat lupa la katakan. hehe..Aku telah pergi makan beramai-ramai bersama bos aku dan semua rakan sekerja bagi meraikan Bulan Ramadhan yang bakal menjelma. Rasanya yang turut serta ada lah seramai 20 orang. Sangat best, kitorang makan di sebuah restoran yang bertempat di Kuala Perlis. Satu tempat yang amat popular dengan menu ikan bakar...sedap sangat..makan bersebelahan dengan pantai di waktu malam. Dapat tak bayangkan..??? Rasa sejuk dan nyaman jer..Hidangan yang disediakan sangat banyak DAN SANGAT SEDAP..
Terima kasih bos..!!!!! 
Nie semua antara menu makanan yang kami semua makan..
JOM tengokk..?
Sangat-sangat MENYELERAKAN dan MELAZATKAN...
Rasa macam nak g lagi..InsyaAllah akan ku pergi SEKALI LAGI bersama ibu, tunang tersayang dan keluarga tercinta..INSYAALLAH....!!!!!!!!!







SETELAH KAMI SEMUA KEKENYANGAN....INILAH YANG TINGGAL...









Sunday, 7 August 2011

AKU TELAH KEMBALI..!!!

Assalammualaikum...Selamat Pagi Malaysia..!!!

Lama rasanya aku tidak mengupdate blog peribadi ciptaan aku sendiri ini. Rasanya kali terakhir adalah ketika negara kita sibuk memperkatakan isu berkaitan BERSIH 2.0. Itulah kali terakhir aku menulis. Kini aku sangat sibuk dengan kerja ku. Kawan yang sepejabat denganku telah pun berhenti kerja. Tinggallah aku keseorangan di bahagian pentadbiran. Bilalah rasanya akan dapat pengganti dia agaknya. Kerja-kerjanya aku yang kena takeover buat sementara ini. Jadi itu antara punca utama aku tidak dapat nak mengupdate aktiviti karyaku di dalam blog ini..hehe.. Hari ini, tah macam mana aku mencuri sedikit masa untuk menemui PUTERI OMZA ku...Aku rasa tidak sempurna hariku jika tidak dapat menulis sesuatu..rasa macam berat jer kepala nie..
Kini, telah pun tibanya bulan Ramadhan yang sangat-sangat agung dan mulia. Hari ini pun dah 8 Ramadhan (08/08/2011). Dah seminggu lah semua umat Islam berpuasa. Aku bersyukur pada bulan Ramadhan kali ini aku telah pun beralih kerjaya. Aku tidak perlu lagi mengikut rentak "bos cina"  yang hanya mementingkan prniagaan mereka semata-mata sampai tidak menhormati agama kita. Seingat aku, aku hanya dibenarkan pulang 1 jam lebih awal dari waktu berbuka. Itupun kalau tidak ada customer. Tapi, aku tak amik peduli pun itu semua, cukup masa aku tetap balik. Sampaikan pada tahun lepas, aku langsung tak sempat nak tolong ibu aku masak dan siapkan juadah untuk berbuka puasa. Alhamdulillah, tahun ini (2011), aku dapat bersama-sama membantu ibuku di dapur. Apatah lagi aku telah berjanji kepada tunangku untuk memasak pada bulan Ramadhan kali ini. Aku pun dah jarang membeli-belah juadah berbuka di bazar seperti yang aku lakukan pada tahun yang lepas. Apa yang lebih membuatkan aku rasa bulan Ramadhan kali ini lebih bermakna bagi aku adalah aku dapat menunaikan ibadah tarawih bersama ibu tercinta. Terasa sangat gembira. Aku rasa diriku dekat dengan-NYA. Dengan lebihan masa yang aku ada, aku rasa sangat bersyukur dapat menggunakan masa tersebut dengan sebaik-baiknya. Hingga kini aku masih mengingati pesanan ibuku kepadaku "Jangan terlalu berkira dengan Allah, JIKA mengikut kehendak dunia sampai kita MATI pun tak pernah habis, luangkan masa untuk bersama dengan ALLAH SWT...."

Rasanya cukuplah sampai di sini aku berceloteh mengenai diriku dan Ramadhan. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah merupakan bulan Pengampunan kepada kita semua. Jangan disia-siakan peluang yang telah Allah anugerahkan kepada setiap hambanya (kita semua). Bersama kita mengerjakan amalan-amalan kebaikan dan menunaikan ibadah solat sunat terawih sepanjang bulan Ramadhan ini. Banyak fadhilat yang kita akan perolehi. Terutama sekali, segala dosa-dosa kita yang lampau akan diampunkan oleh Allah. Para Malaikat dan Nabi-Nabi juga akan turut sama mendoakan kita. 



KELEBIHAN SOLAT SUNAT TERAWIH PADA BULAN RAMADHAN (MALAM 1-MALAM 30)





Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (R.A.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :


Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah SWT.


Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).


Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah SWT mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


Malam 5 - Allah SWT kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.


Malam 6 - Allah SWT kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.


Malam 8 - Allah SWT mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah SWT kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).


Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah SWT tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya

Malam 16 - Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.


Malam 17 - Allah SWT kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : "Hai hamba Allah sesungguhnya Allah SWT telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)".

Malam 19 - Allah SWT tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


Malam 20 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.


Malam 21 - Allah SWT binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah SWT buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah SWT angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah SWT kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.


Malam 27 - Allah SWT kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.


Malam 28 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.


Malam 30 - Allah SWT memberi penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."



Saturday, 9 July 2011

Isu Perhimpunan BERSIH 2.0...Bersatulah kerana ISLAM...!!!

Assalammualaikum..
Tanggal 09 Julai 2011 (Sabtu), negara Malaysia heboh memperkatakan tentang perhimpunan haram BERSIH  yang dipengerusikan oleh AMBIGA (Bekas Peguam) dan dianggotai oleh ahli-ahli pembangkang negara termasuklah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mereka berpakaian serba kuning dan berarak di jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur termasuklah KTM. Sogo, PUDU, Pasar Seni, dan kawasan berdekatan. Aku sebenarnya kurang gemar apabila berbicara mengenai isu politik kerana aku tidak berminat dan tidak cukup pengetahuan untuk berbincang mengenainya. Namun sebagai rakyat Malaysia, aku sentiasa mendoakan dan mengharapkan Malaysia akan aman dan makmur seperti sedia kala. Namun, apabila berlakunya rusuhan seperti ini, sedikit sebanyak telah menggugat tahap keselamatan kita semua sebagai rakyat Malaysia. Aku faham mereka yang terlibat di dalam perhimpunan ini hanya mahukan keadilan semata-mata dan suara mereka didengari....tetapi ingatlah.."Matlamat tidak pernah menghalalkan cara". Banyak cara lain yang boleh diambil bagi memperjuangkan hak semua rakyat Islam di negara kita khususnya. Ikutlah pada saluran yang betul. Bukan dengan melakukan perhimpunan haram seperti ini. Setiap pihak ada kesalahannya. Jika masalah ini terus berlarutan, ia akan memberi banyak kesan negatif kepada semua. Lihat saja di kaca televisyen semalam...semua kedai terpaksa ditutup. Fikirlah kepentingan bersama. Aku sokong pun tidak, larang pun tidak..Aku FAHAM mereka hanya ingin menuntut keadilah sebagai umat Islam, namun fikirlah secara waras, bukan melalui demontrasi jalanan seperti ini. Kenapa perlu dilibatkan kanak-kanak dan pelajar dalam perhimpunan seperti ini. Kepada golongan-golongan pelajar, anda lebih bijak dari mereka yang tidak berpendidikan tinggi, anda juga tahu ini bukan pendekatan atau inisiatif yang harus diambil. Apa gunanya Perlembagaan yang kita ada. Mahkamah, Undang-Undang, Dewan Parlimen. Badan-badan Swasta dan Kerajaan, Pertubuhan, NGO. Berita di TV3 semalam ada melaporkan seramai hampir 1,400 orang telah ditahan oleh pihak berkuasa. Semoga kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. Ambillah iktibar dan jadikan pengajaran. Ingatlah, keamanan adalah matlamat utama kita sebagai rakyat MALAYSIA. Dan kepada pihak kerajaan, berilah peluang dan kesempatan kepada golongan seperti ini untuk bersuara dan menuntunt keadilan. Duduk semeja dan berbincang adalah cara yang paling terbaik dapat dilakukan..Kita adalah SATU bukan kerana kita SATU MALAYSIA tetapi kerana kita SATU AGAMA... yakni agama ISLAM..Janganlah kita berpecah-belah disebabkan masalah seperti ini. Semua orang ada kesalahannya namun itu tidak bererti dia akan melakukan kesalahannya untuk selama-lamanya. Jangan biarkan bangsa dan negara lain mempertawakan kita di atas kebodohan diri kita sendiri. Gunakan akal dan fikiran yang telah Allah S.W.T anugerahkan pada kita. Apabila keadaan seperti ini berlaku, syaitan dan iblis bertepukan gembira melihat umat Islam bergaduh sesama sendiri. Jika kita berada di pihak kebenaran, InsyaAllah, Allah pasti akan membantu kita..Itu janji Allah S.W.T pada setiap hamba-NYA yang sujud, beriman dan bertaqwa kepada-NYA.
Rasanya cukuplah setakat ini coretanku mengenai Perhimpunan Bersih 2.0 (09 Julai 2011)..
Ingat..!!! Bersatulah kita kerana agama ISLAM...Allah S.W.T pasti akan bersama kita..


BERSIH adalah gabungan NGO yang menuntut pilihan raya bersih.
antara 8 tuntutan BERSIH adalah:



1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.



• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari


• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.



• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam



Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah


Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.



8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.


Tuesday, 21 June 2011

Nurin Damia& Muhammad Irfan Dinie...Welcome to OMZA Family...

Tanggal 11 Jun 2011... my sister in law telah selamat melahirkan seorang putera yang sangat comel dan telah diberi nama Muhammad Irfan Dinie Bin Muhammad Amin dengan seberat 3.28 kg di Hospital Batu Bahat, Johor. Irfan dilahirkan kira-kira dalam pukul 3.56 pagi dan disambut oleh abang ngah aku sendiri. Alhamdulillah, kini telah bertambah lagi seorang ahli dalam keluarga OMZA. Kini ibuku telah pun mempunyai 4 orang cucu iaitu 3 lelaki dan 1 perempuan.
Sebelum kelahiran Irfan ke dunia ini, my 1st sister in law juga telah selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama Nurin Damia di Hospital Ipoh. Mukanya sebiji fotostat dengan muka abang sulungku. Kata mereka, wajah Nurin Damia adalah 'chinese look'. Namun ibuku memanggilnya dengan nama Sumaiyyah..minat sungguh ibu dengan nama itu..
Semoga dengan adanya Muhammad Afiq Haikal, Muhammad Danish Haikal, Nurin Damia dan Muhammad Irfan Dinie akan lebih menyerikan dan menceriakan keluarga OMZA. InsyaAllah.. Semoga kalian dapat menjadi insan yang berguna, cemerlang, gemilang dan terbilang pada suatu hari nanti. Bersama mengharumkan keluarga OMZA..Amin..


Nurin Damiah @ Sumaiyyah
Abang Ngah (berbaju pengantin) dan Abang Long (berbaju melayu) bersama isteri dan Muhammad Afiq Haikal

Muhammad Afiq Haikal

Muhammad Irfan Dinie 

Muhammad Irfan Dinie

Puteri OMZA telah kembali...

Assalamualaikum w.b.t.h..


Lama sudah aku tidak menulis di dalam blog ini. Mungkin kini aku agak sibuk dalam menguruskan kerja-kerja harianku. Tambahan pula, aku bersama rakanku akan mengadakan progrom promosi pada awal bulan hadapan di sebuah pasaraya Tesco, maka banyaklah kerja dan persiapan yang perlu dilakukan dan disiapkan supaya perjalanan program aku teratur dan terancang. InsyaAllah
Pada 2 minggu yang lalu (5&6 Jun 2011), aku telah ambil cuti untuk menghadiri kenduri sanak saudaraku. Walaupun hanya 2 hari, aku rasa gembira sangat kerana dapat berjalan-jalan dan bercuti seketika. Apa yang lebih menarik tunangku dan keluarganya juga turut datang ke sini menghadiri kenduri saudara mereka di Sungai Petani. Aku juga turut dijemput sama. Sebenarnya ini kali pertama aku bertemu dengan saudara-maranya di sebelah Sungai Petani ini. Alhamdulillah, mereka semua melayan aku dan ibu dengan baik sekali. Aku juga turut diperkenalkan dengan Tok Lang tunangku. Pada mulanya, aku rasa takut sangat. Watnyer dia tanya macam2 yang aku x tau nak jawab...matilah aku..tapi dia hanya nak melihat wajahku sahaja..apa mungkin dia dapat membaca dan mentafsir wajahku ini.. Baik atau tidak...?? Malas ke rajin..?? Pandai masak x nie..?? Boleh ke jaga Safri nie...??Ah..karut lah semua itu..X ada apa-apa pun sebenarnya yang nak ditakutkan pun..Selesai sahaja majlis kenduri tersebut, kami semua terus bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar ke Pantai Merdeka. Rasanya kali terakhir aku menjejakkan kaki ke situ ketika aku tingkatan 4 mungkin. Lama benar tu..Banyak yang telah berubah..cantik tu memanglah cantik..tapi tak seindah dan sedamai dulu..Kebetulan pada hari aku pergi tu, ada satu karnival ekspo turut diadakan..seronoklah aku, tapi tak dapat nak shopping sangat pun, maklumlah gaji pun ketika itu agaklah kurang..hehe..Tiba-tiba aku ternampak sehelai tudung jenis muslimah yang berwarna pink..Wah...sungguh cantik..!!! confirm aku berkenan and nak beli..satu perangai aku yang agak kurang baik itu adalah apabila aku dah terjumpa sesuatu yang aku suka atau nak, aku akan tetap nak walau apa cara sekalipun, kalau tak aku akan teringat sampai bila-bila..Belum sempat aku cakap apa-apa, tunangku seolah-olah memahami apa yang ada di dalam fikiranku, lalu dia bertanya pada ku "Sayang...cantiklah tudung nie..sayang kan suka warna pink...berkenan x..jom kita tengok jap..?" Aku pun apa lagi??? hehe..teruslah masuk dalam kedai 2..tunangku lah yang paling exited mintak tawar2 dengan penjual tu, akhirnya dapat lah tudung tu dengan harga yang lebih murah..aku seronok la sesangat-sangat..hehe..Lepas tu, giliran aku pulak teman tunangku beli barang..last2 nampak sehelai T-shirt warna putih+biru, secara automatik aku teringat kat dia..aku nak sangat beli baju tu kat dia..tapi dia macam tak berkenan jer..jenuh jugak nak suruh dia beli2..last2 aku pun wat-watlah merajuk..dia pun mahulah, aku yang bayarkan..seperti biasa tawarlah lagi..dapat lah kurang juga walaupun seringgit sahaja..Ni first time sebenarnya beli barang bersamanya..tapi best jugak...suka tawar-menawar kalau nak beli sesuatu..huhu...ibu aku pun ada gak time nie..tapi dia berjalan-jalan dengan besannya sedang memilih kain pasang dan tudung..Tak lama lepas tu, aku dan semua melepak @ berehat @ beriadah sebentar di hadapan Pantai Merdeka sambil makan goreng pisang yang agak besar (1 pun aku makan x habis), bihun goreng, rojak buah, cendol dan ais kacang..Setelah perut kenyang...Dalam 2 jam selepas itu,  aku dan semua pun bergeraklah pulang ke rumah aku kerana kami semua akan menghadiri lagi satu kenduri di rumah kawan ibuku...
Sesungguhnya aku amat gembira kerana cuti-cutiku telah diisi dengan kenangan yang manis dan terindah bersama insan tersayang, ibuku dan semua yang terlibat...
Terima kasih di atas segala-galanya..



Wednesday, 1 June 2011

PERISTIWA 01/06/2011 (RABU)

PENGORBANAN SEORANG IBU


Birthday Cake yang dihadiahkan oleh IBUKU


Assalamualaikum kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca coretan hatiku pada hari ini. Hari ini merupakan Hari Lahirku. Seperti biasa, Hari Lahirku pasti akan disambut pada tiap-tiap tahun walaupun hanya sekadar kecil-kecilan sahaja. Ibuku tidak pernah lupa tentang hari lahirku. Aku amat bertuah kerana dapat menjadi anak kepadanya. Dilahirkan daripada perutnya.. Semuanya kerana ketentetuan dari-MU YA ALLAH...Pada hari ini, aku diberi "suprise" oleh ibuku..Ibuku telah datang ke pejabat aku bersama rakan baiknya. Ibuku membawa sekotak kek  span+coklat+aiskrim+krim...WAH...!!! Terharunya hatiku. Apa yang lebih menyentuh hatiku ini, ibuku sanggup berjalan kaki dari rumahku untuk datang ke pejabatku semata-mata membawa "birthday cake" dan ingin memberikan kejutan kepadaku. Walaupun rumahku tidak sejauh mana, tapi ibu sanggup unutk berjalan kaki semata-mata demiku....demi seorang puteri hatinya...Selain itu, ibuku turut membawa sebotol jus buah-buahan (tropicana), sumi dan juga snek coklat. Aku sangkakan hanya untuk meraikan di rumah sahaja bersama dengan ibu dan adikku. Kali ini (tahun 2011) aku menyambutnya bersama rakan-rakan pejabatku. Walaupun kami hanyalah seramai 5 orang sahaja, namun ianya tetap meriah kerana mereka memang sahabat yang happening dan sporting. Terima kasih semua, kerana meraikan hari lahirku pada hari ini (01/06/2011). Buat ibuku, pengorbanan yang ibu lakukan pada hari ini, tak dapat aku luahkan dengan ucapan kata-kata. Sesungguhnya apa yang ibu lakukan pada hari ini merupakan satu pengorbanan yang amat-amat bernilai. Amat-amat berharga...TERIMA KASIH WAHAI IBUKU...
PUAN ZALIHA BINTI MD YUSOF..

HATI KECILKU MENANGIS

Di sebalik kegembiraan aku pada hari in, hati kecilku seperti tidak gembira kerana tunangku tidak menjadi orang yang pertama mengucapkan Selamat Hari Lahir kepadaku..Malah apa yang lebih menyedihkan, dia lupa hari ini adalah Hari Lahirku..Dia betul-betul lupa... Buat pertama kalinya, dia lupa tentang Hari Lahirku..Selalunya, dia pasti akan menjadi orang yang pertama.. Kenapa tahun ini bukan dia? Kenapa bukan dia? Kenapa? Mungkin dia betul-betul lupa atau banyak masalah yang perlu difikirkan...Aku faham...tapi....aku tetap merasakan yang dia..? Dia masih sayangkan aku lagi tak....? Dia masih kasihkan aku lagi tak...? Entahlah...Ya Allah..kau singkirkanlah perasaan kesedihanku ini..Perasaan ragu-raguku ini...KAU buanglah jauh-jauh...jangan biarkan aku menangis untuk perkara kecil seperti ini...walaupun di saat ini mata ku sudah berair.. hanya menanti saat untuk mengalirkan air mata..mungkin dia betul-betul tidak sengaja..aku harus mempercayainya...Aku tau dia sayangkan aku...

Rasanya cukuplah setakat ini sahaja yang dapat aku coretkan di Hari Lahirku..Kepada semua rakanku yang mengucapkan Selamat Hari Lahir kepadaku pada hari ini sama ada melalui perbualan, mesej, telefon dan facebook, Terima Kasih banyak-banyak..aku amat menghargai segala ucapan kalian..yang penting tanda ingatan kamu semua di Hari Lahirku..Itu lah yang lebih berharga dari segala-galanya...TERIMA KASIH...!!!!


Fresh Orange Juice yang sangat delicious dan sweets..



Ais Krim 3 perisa yang dihadiahkan oleh adik bongsuku

Wednesday, 25 May 2011

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MINUM COCA COLA


                                                            

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parkir kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!], time raya, time parti, time kenduri , time bola piala dunia dll.

Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Bulan ni bulan membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.

Posted by PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA at 12:03 PM

Tuesday, 24 May 2011

YANG HARAM TETAP TIDAK BOLEH DIHALALKAN


Aku amik coretan kisah ni daripada laman sosial @ facebook sahabatku buat renungan semua...
Selamat Membaca dan sama-sama kita jadikannya sebagai pedoman hidup...INSYAALLAH..

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.   beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.   Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.   "Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”   Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...   p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam
By: Mohamad Anuar Timan

Monday, 23 May 2011

NAK tenangkan jiwa...? ANJUNG MENJARO....














Pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Anjung Menjaro ini di petang yang cerah dengan sinaran matahari yang memancar-memancar di atas kepalaku iaitu pada hari Khamis (19 Mei 2011), satu perasaan yang amat sukar untukku gambarkan pada semua..damai...tenang..hilang segala rasa kusut di fikiranku..di tambah pula bunyi desiran air terjun yang mengalir membuatkan aku lagi rasa terpanggil-panggil untuk terus masuk ke dalam sana..tugasan pertama yang aku lakukan sejurus tiba di sana ialah aku terus mengambil kamera dan mengambil gambar panaroma dan pemandangan yang tersergam indah di mata aku..sungguhh....Aku tidak menipu...Cubalah datang ke chalet milik sepenuhnya majikan aku yang terletak di Titi Hayun, Kedah.
Aku berpeluang datang ke sini pun kerana menghadiri program Qiyamullail anjuran syarikat aku. Program yang dianjurkan ini melibatkan banyak pihak sebenarnya. Turut hadir sama Al-Fadhil Ustaz Halim Abbas. Pada sesiapa yang tidak tahu, beliau merupakan seorang pendakwah bebas dan pejuang Islam. Beliau amat bijak dalam membuat perbandingan dan perhitungan dalam soal agama Islam. Aku pun sebenarnya baru mengenalinya. Tazkirah yang disampaikan olehnya amat berguna dan boleh dijadikan pedoman dan panduan dalam meneruskan kehidupan harian. Beliau menceritakan mengenai Fitnah yang terjadi di zaman serba membangun ini, yang mana orang yang salah dianggap benar, manakala orang yang benar dianggap salah pula. Lebih tepat lagi, kini "Yang Khianat dianggap Amanah".
Andai diberi peluang sekali lagi, aku pasti akan melibatkan diri dalam program seperti ini lagi. Banyak manfaat dan ganjaran yang akan diperolehi melalui program berbentuk Islamiah ini. Dengan cara ini, aku dan semua dapat mempertingkatkan lagi  tahap keimanan diri masing-masing di samping dapat mendekatkan diri dengan Allah yang Satu. Kita juga dapat menunjukkan dan membuktikan rasa kesyukuran di atas segala kenikmatan, kesihatan dan kurniaan yang diberi oleh-NYA.
Sekiranya sesiapa yang ingin menenangkan fikiran, boleh lah datang ke sini. InsyaAllah segala masalah kehidupan anda akan dapat diatasi dengan cara yang lebih tenang dan aman.