SEGUNUNG IMPIAN DAN SETINGGI HARAPAN BERSAMA..

ORANG BERILMU GEMARKAN BUKU
MENULIS DAN MEMBACA HOBI YANG SATU
BEGITULAH JUGA DENGAN DIRIKU
PUTERI OMZA BLOG AKU YANG SATU

SALAM SEJAHTERA BUAT PEMBACA
WANG DAN HARTA TIDAKKU MINTA
TERIMA KASIH SUDI MEMBACA
SALAH DAN SILAP MAAF DIPINTA


HAJAT DI HATI NAK JADI PENULIS
TAPI IMPIANKU TAK JADI-JADI
ARTIKEL, SAJAK, PANTUN KU TULIS
BUAT TATAPAN PEMBACAKU YANG SUDI

Impianku ketika masih dibangku sekolah lagi adalah untuk menjadi seorang penulis yang berjaya dan dikenali oleh semua lapisan masyarakat...muda dan tua pasti akan mengenali aku...dekat dan jauh akan datang mendapatkan autografku... wah...tingginya angan-anganku...tapi bukan angan-angan Mat Jenin yer...hehe...namun...kini, setelah berumur hampir 25 tahun..aku tidak dapat merealisasikan segala impianku itu...aku masih menulis dan berkarya..tapi...di dalam blog sahaja la...ibuku selalu menjadi pembaca setia karyaku itu...tak jemu ibuku membacanya...aku sedar dan akui bukan mudah untuk menjadi seorang penulis...bukan bakat dan pendidikan saja yang menjadi taruhan ...Namun, jika ada kemahuan dan keinginan di dalam diri, semua mampu berjaya dan mencapai apa yang telah diimpikan selama ini...aku begitu kagum dengan hasil penulisan yang begitu menarik, menyentuh hati, dan mampu memberi kesan kepada si pembaca. Maksudku dapat memberi kesan yang positif la...Contohnya, Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, Dr Fadzillah Kamsah, Dr HM Tuah Iskandar dan banyak lagi...ha...lagi satu hobiku di masa lapang...aku gemar membaca novel-novel lebih-lebih lagi yang berunsur cinta dan seram...Norhayati Ibrahim seorang penulis yang bijak, berwawasan, kreatif, inovatif dan aku suka membaca buku-buku hasil dari penulisannya..aku juga meminati karya penulisan daripadaAhadiat Akasyah..seorang penulis novel siri remaja..pasti kita berasa gembira dan bangga jika orang membaca hasil karya yang telah kita tulis...adakah aku dapat merasai peluang seperti itu...Insya Allah....jika diizinkan Allah S.W.T suatu hari nanti...Tiada apa yang mustahil di dalam hidup ini...Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca blog ku ini...walaupun hanya sekadar melihat frontpage blog ku saje.. hehe...terima kasih di atas kesudian itu...aku amat menghargainya... jika ada yang ingin berkongsi cerita, pengalaman atau memberi komen serta pandangan boleh la menghantarnya melalui email aku iaitu solehah_us86@yahoo. com atau umisolehah86@gmail.com
Terima kasih juga kepada ibuku yang tersayang yang sentiasa memberi galakan dan rangsangan...Puan Zaliha Bt Md. Yusoff...yang tidak jemu membaca hasil coretanku...buat seluruh keluargaku jua...untuk tunangku yang tersayang...Mohd Safri Abd. Manan...terima kasih banyak-banyak...terima kasih kerana sentiasa berada disisiku...You are everythinG...buat semua rakan seperjuanganku.... teruskan kekal setia dan memberi sokongan bersama PUTERI OMZA....andai ada kekurangannya aku pohon kemaafan daripada kalian semua...aku bukanlah yang terbaik namun aku akan cuba buat dan jadi yang terbaik....
WASSALAM...


" BELAJARLAH MENGHABISKAN PEMBACAAN SEHINGGA NOKTAH YANG TERAKHIR.
ITULAH CIRI SEORANG MANUSIA YANG BERGUNA. JADIKAN DIRI ANDA
SEBAGAI MANUSIA BIASA YANG BERFIKIR
SECARA LUAR BIASA "


TERIMA KASIH.....PUTERI OMZA.....

" MEMBERI MAKANAN MINDA DENGAN MENINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN MELALUI PEMBACAAN LEBIH BESAR MAKNA DAN FUNGSINYA KE ARAH MENAIKKAN TAMADUN DAN PERADABAN MANUSIA DARIPADA MEMBERI MAKANAN KEPADA TUBUH BADAN SEMATA-MATA"

PETIKAN KATA-KATA DARIPADA SEORANG PAKAR MOTIVASI TERKEMUKA
DATO' DR. HJ. MOHD FADZILAH KAMSAH





Sunday, 7 August 2011

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TERAWIH PADA BULAN RAMADHAN (MALAM 1-MALAM 30)





Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (R.A.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :


Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah SWT.


Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).


Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah SWT mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


Malam 5 - Allah SWT kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.


Malam 6 - Allah SWT kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.


Malam 8 - Allah SWT mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah SWT kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).


Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah SWT tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya

Malam 16 - Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.


Malam 17 - Allah SWT kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : "Hai hamba Allah sesungguhnya Allah SWT telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)".

Malam 19 - Allah SWT tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


Malam 20 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.


Malam 21 - Allah SWT binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah SWT buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah SWT angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah SWT kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.


Malam 27 - Allah SWT kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.


Malam 28 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.


Malam 30 - Allah SWT memberi penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."



No comments:

Post a Comment