Tanggal 09 Julai 2011 (Sabtu), negara Malaysia heboh memperkatakan tentang perhimpunan haram BERSIH yang dipengerusikan oleh AMBIGA (Bekas Peguam) dan dianggotai oleh ahli-ahli pembangkang negara termasuklah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mereka berpakaian serba kuning dan berarak di jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur termasuklah KTM. Sogo, PUDU, Pasar Seni, dan kawasan berdekatan. Aku sebenarnya kurang gemar apabila berbicara mengenai isu politik kerana aku tidak berminat dan tidak cukup pengetahuan untuk berbincang mengenainya. Namun sebagai rakyat Malaysia, aku sentiasa mendoakan dan mengharapkan Malaysia akan aman dan makmur seperti sedia kala. Namun, apabila berlakunya rusuhan seperti ini, sedikit sebanyak telah menggugat tahap keselamatan kita semua sebagai rakyat Malaysia. Aku faham mereka yang terlibat di dalam perhimpunan ini hanya mahukan keadilan semata-mata dan suara mereka didengari....tetapi ingatlah.."Matlamat tidak pernah menghalalkan cara". Banyak cara lain yang boleh diambil bagi memperjuangkan hak semua rakyat Islam di negara kita khususnya. Ikutlah pada saluran yang betul. Bukan dengan melakukan perhimpunan haram seperti ini. Setiap pihak ada kesalahannya. Jika masalah ini terus berlarutan, ia akan memberi banyak kesan negatif kepada semua. Lihat saja di kaca televisyen semalam...semua kedai terpaksa ditutup. Fikirlah kepentingan bersama. Aku sokong pun tidak, larang pun tidak..Aku FAHAM mereka hanya ingin menuntut keadilah sebagai umat Islam, namun fikirlah secara waras, bukan melalui demontrasi jalanan seperti ini. Kenapa perlu dilibatkan kanak-kanak dan pelajar dalam perhimpunan seperti ini. Kepada golongan-golongan pelajar, anda lebih bijak dari mereka yang tidak berpendidikan tinggi, anda juga tahu ini bukan pendekatan atau inisiatif yang harus diambil. Apa gunanya Perlembagaan yang kita ada. Mahkamah, Undang-Undang, Dewan Parlimen. Badan-badan Swasta dan Kerajaan, Pertubuhan, NGO. Berita di TV3 semalam ada melaporkan seramai hampir 1,400 orang telah ditahan oleh pihak berkuasa. Semoga kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. Ambillah iktibar dan jadikan pengajaran. Ingatlah, keamanan adalah matlamat utama kita sebagai rakyat MALAYSIA. Dan kepada pihak kerajaan, berilah peluang dan kesempatan kepada golongan seperti ini untuk bersuara dan menuntunt keadilan. Duduk semeja dan berbincang adalah cara yang paling terbaik dapat dilakukan..Kita adalah SATU bukan kerana kita SATU MALAYSIA tetapi kerana kita SATU AGAMA... yakni agama ISLAM..Janganlah kita berpecah-belah disebabkan masalah seperti ini. Semua orang ada kesalahannya namun itu tidak bererti dia akan melakukan kesalahannya untuk selama-lamanya. Jangan biarkan bangsa dan negara lain mempertawakan kita di atas kebodohan diri kita sendiri. Gunakan akal dan fikiran yang telah Allah S.W.T anugerahkan pada kita. Apabila keadaan seperti ini berlaku, syaitan dan iblis bertepukan gembira melihat umat Islam bergaduh sesama sendiri. Jika kita berada di pihak kebenaran, InsyaAllah, Allah pasti akan membantu kita..Itu janji Allah S.W.T pada setiap hamba-NYA yang sujud, beriman dan bertaqwa kepada-NYA.
Ingat..!!! Bersatulah kita kerana agama ISLAM...Allah S.W.T pasti akan bersama kita..
BERSIH adalah gabungan NGO yang menuntut pilihan raya bersih.
antara 8 tuntutan BERSIH adalah:
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.




No comments:
Post a Comment