PENGORBANAN SEORANG IBU
 |
| Birthday Cake yang dihadiahkan oleh IBUKU |
Assalamualaikum kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca coretan hatiku pada hari ini. Hari ini merupakan Hari Lahirku. Seperti biasa, Hari Lahirku pasti akan disambut pada tiap-tiap tahun walaupun hanya sekadar kecil-kecilan sahaja. Ibuku tidak pernah lupa tentang hari lahirku. Aku amat bertuah kerana dapat menjadi anak kepadanya. Dilahirkan daripada perutnya.. Semuanya kerana ketentetuan dari-MU YA ALLAH...Pada hari ini, aku diberi "suprise" oleh ibuku..Ibuku telah datang ke pejabat aku bersama rakan baiknya. Ibuku membawa sekotak kek span+coklat+aiskrim+krim...WAH...!!! Terharunya hatiku. Apa yang lebih menyentuh hatiku ini, ibuku sanggup berjalan kaki dari rumahku untuk datang ke pejabatku semata-mata membawa "birthday cake" dan ingin memberikan kejutan kepadaku. Walaupun rumahku tidak sejauh mana, tapi ibu sanggup unutk berjalan kaki semata-mata demiku....demi seorang puteri hatinya...Selain itu, ibuku turut membawa sebotol jus buah-buahan (tropicana), sumi dan juga snek coklat. Aku sangkakan hanya untuk meraikan di rumah sahaja bersama dengan ibu dan adikku. Kali ini (tahun 2011) aku menyambutnya bersama rakan-rakan pejabatku. Walaupun kami hanyalah seramai 5 orang sahaja, namun ianya tetap meriah kerana mereka memang sahabat yang happening dan sporting. Terima kasih semua, kerana meraikan hari lahirku pada hari ini (01/06/2011). Buat ibuku, pengorbanan yang ibu lakukan pada hari ini, tak dapat aku luahkan dengan ucapan kata-kata. Sesungguhnya apa yang ibu lakukan pada hari ini merupakan satu pengorbanan yang amat-amat bernilai. Amat-amat berharga...TERIMA KASIH WAHAI IBUKU...
PUAN ZALIHA BINTI MD YUSOF..
HATI KECILKU MENANGIS
Di sebalik kegembiraan aku pada hari in, hati kecilku seperti tidak gembira kerana tunangku tidak menjadi orang yang pertama mengucapkan Selamat Hari Lahir kepadaku..Malah apa yang lebih menyedihkan, dia lupa hari ini adalah Hari Lahirku..Dia betul-betul lupa... Buat pertama kalinya, dia lupa tentang Hari Lahirku..Selalunya, dia pasti akan menjadi orang yang pertama.. Kenapa tahun ini bukan dia? Kenapa bukan dia? Kenapa? Mungkin dia betul-betul lupa atau banyak masalah yang perlu difikirkan...Aku faham...tapi....aku tetap merasakan yang dia..? Dia masih sayangkan aku lagi tak....? Dia masih kasihkan aku lagi tak...? Entahlah...Ya Allah..kau singkirkanlah perasaan kesedihanku ini..Perasaan ragu-raguku ini...KAU buanglah jauh-jauh...jangan biarkan aku menangis untuk perkara kecil seperti ini...walaupun di saat ini mata ku sudah berair.. hanya menanti saat untuk mengalirkan air mata..mungkin dia betul-betul tidak sengaja..aku harus mempercayainya...Aku tau dia sayangkan aku...
Rasanya cukuplah setakat ini sahaja yang dapat aku coretkan di Hari Lahirku..Kepada semua rakanku yang mengucapkan Selamat Hari Lahir kepadaku pada hari ini sama ada melalui perbualan, mesej, telefon dan facebook, Terima Kasih banyak-banyak..aku amat menghargai segala ucapan kalian..yang penting tanda ingatan kamu semua di Hari Lahirku..Itu lah yang lebih berharga dari segala-galanya...TERIMA KASIH...!!!!
 |
| Fresh Orange Juice yang sangat delicious dan sweets.. |
 |
Ais Krim 3 perisa yang dihadiahkan oleh adik bongsuku
|
No comments:
Post a Comment