Assalamualaikum w.b.t.h..
Lama sudah aku tidak menulis di dalam blog ini. Mungkin kini aku agak sibuk dalam menguruskan kerja-kerja harianku. Tambahan pula, aku bersama rakanku akan mengadakan progrom promosi pada awal bulan hadapan di sebuah pasaraya Tesco, maka banyaklah kerja dan persiapan yang perlu dilakukan dan disiapkan supaya perjalanan program aku teratur dan terancang. InsyaAllah
Pada 2 minggu yang lalu (5&6 Jun 2011), aku telah ambil cuti untuk menghadiri kenduri sanak saudaraku. Walaupun hanya 2 hari, aku rasa gembira sangat kerana dapat berjalan-jalan dan bercuti seketika. Apa yang lebih menarik tunangku dan keluarganya juga turut datang ke sini menghadiri kenduri saudara mereka di Sungai Petani. Aku juga turut dijemput sama. Sebenarnya ini kali pertama aku bertemu dengan saudara-maranya di sebelah Sungai Petani ini. Alhamdulillah, mereka semua melayan aku dan ibu dengan baik sekali. Aku juga turut diperkenalkan dengan Tok Lang tunangku. Pada mulanya, aku rasa takut sangat. Watnyer dia tanya macam2 yang aku x tau nak jawab...matilah aku..tapi dia hanya nak melihat wajahku sahaja..apa mungkin dia dapat membaca dan mentafsir wajahku ini.. Baik atau tidak...?? Malas ke rajin..?? Pandai masak x nie..?? Boleh ke jaga Safri nie...??Ah..karut lah semua itu..X ada apa-apa pun sebenarnya yang nak ditakutkan pun..Selesai sahaja majlis kenduri tersebut, kami semua terus bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar ke Pantai Merdeka. Rasanya kali terakhir aku menjejakkan kaki ke situ ketika aku tingkatan 4 mungkin. Lama benar tu..Banyak yang telah berubah..cantik tu memanglah cantik..tapi tak seindah dan sedamai dulu..Kebetulan pada hari aku pergi tu, ada satu karnival ekspo turut diadakan..seronoklah aku, tapi tak dapat nak shopping sangat pun, maklumlah gaji pun ketika itu agaklah kurang..hehe..Tiba-tiba aku ternampak sehelai tudung jenis muslimah yang berwarna pink..Wah...sungguh cantik..!!! confirm aku berkenan and nak beli..satu perangai aku yang agak kurang baik itu adalah apabila aku dah terjumpa sesuatu yang aku suka atau nak, aku akan tetap nak walau apa cara sekalipun, kalau tak aku akan teringat sampai bila-bila..Belum sempat aku cakap apa-apa, tunangku seolah-olah memahami apa yang ada di dalam fikiranku, lalu dia bertanya pada ku "Sayang...cantiklah tudung nie..sayang kan suka warna pink...berkenan x..jom kita tengok jap..?" Aku pun apa lagi??? hehe..teruslah masuk dalam kedai 2..tunangku lah yang paling exited mintak tawar2 dengan penjual tu, akhirnya dapat lah tudung tu dengan harga yang lebih murah..aku seronok la sesangat-sangat..hehe..Lepas tu, giliran aku pulak teman tunangku beli barang..last2 nampak sehelai T-shirt warna putih+biru, secara automatik aku teringat kat dia..aku nak sangat beli baju tu kat dia..tapi dia macam tak berkenan jer..jenuh jugak nak suruh dia beli2..last2 aku pun wat-watlah merajuk..dia pun mahulah, aku yang bayarkan..seperti biasa tawarlah lagi..dapat lah kurang juga walaupun seringgit sahaja..Ni first time sebenarnya beli barang bersamanya..tapi best jugak...suka tawar-menawar kalau nak beli sesuatu..huhu...ibu aku pun ada gak time nie..tapi dia berjalan-jalan dengan besannya sedang memilih kain pasang dan tudung..Tak lama lepas tu, aku dan semua melepak @ berehat @ beriadah sebentar di hadapan Pantai Merdeka sambil makan goreng pisang yang agak besar (1 pun aku makan x habis), bihun goreng, rojak buah, cendol dan ais kacang..Setelah perut kenyang...Dalam 2 jam selepas itu, aku dan semua pun bergeraklah pulang ke rumah aku kerana kami semua akan menghadiri lagi satu kenduri di rumah kawan ibuku...
Sesungguhnya aku amat gembira kerana cuti-cutiku telah diisi dengan kenangan yang manis dan terindah bersama insan tersayang, ibuku dan semua yang terlibat...
Terima kasih di atas segala-galanya..